Tuesday, 31 May 2011

FriEnDs 4eVeR... !

hye.. hye.. hye..


 kali  ni aku nk post something about friendship.. emm.. seblum tu, aku nak tanya, korang semua ni ada kawan baik x? Dah tentu lah ada kan?.. ape punye soalan lah.. =P emm.. mesti korang semua syg giler kat kawan baik korang tu kan, x kisah la lelaki ke perempuan ke.. hampir setiap daripada kita mempunyai sekurang-kurangnye seorang kawan baik.. ( tapi kalau ada yg xde, aku xtau lah.. huhu) seorang kawan pun dah cukup untuk membuat hidup kita lebih bermakna.. dengan kawan, kita boleh jadi gembira, boleh jadi sedih, boleh jadi kecewa, boleh jadi bersemangat, dan macam-macam lagi lah.. kiranya, persahabatan ataupun yang omputeh selalu cakap friendship tu, lebih kurang macam bercinta lah jugak.. ada jugak perasaan rindu, sedih, kecewa, sayang, semua tu.. 

kawan baik ni seringkali digelar sahabat.. sahabat dengan kawan tu x sama ke? hmm.. sebenarnye, lebih kurang jugak lah.. tp ramai yang anggap perkataan "sahabat" tu lebih spesifik, lebih mulia, lebih understanding.. hehe.. ada yang kata perkataan "sahabat" dengan "kawan" tu berbeza.. Apa bezanyer??



 صحابة - SAHABAT

sahabat sering ada dengan kita dalam waktu yang senang mahupun susah.. macam best je kan,.. ada jugak orang yang sebut "sahabat" dengan perkataan "true friend"

True friend atau "kawan benar": Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah ini juga menandakan sebahagian besar altruisme kerana seorang kawan benar seringnya akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda ketahui akan membantu anda apabila diperlukan.


ataupun "kawan karib / best friend" 

Best friend atau "kawan karib": Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.



tapi, ada jugak sesetengah kawan tu, kawan "cuaca baik" je.. ( huh.. ! ape pulak nih??) 

Fair-weather friend atau kawan cuaca baik: Seorang yang hanya akan membantu kawannya apabila perbantuan itu tidak susah.Ada jugak yang jenis berkawan bila time senang je.. time kita susah, dia tinggal je.. kawan yang macam ni kita kena pandai nak handle.. kalau x, kita senang-senang je diperbodohkan nanti..


Kawan / sahabat/ ataupun true  friend ni kan, sebenarnye ada ciri-ciri yang istimewa dalam diri dorang sehingga dorang boleh jadi teman yang baik. Apa  ciri-cirinya tu ye? meh sini baca yang selanjutnya..

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

kita kawan selamanya, ok??

sebenarnye kan, seorang kawan tu memainkan peranan yang cukup besar dalam hidup kita.. macam tu jugaklah peranan kita dalam hidup kawan kita... ( jangan pulak asyik harap kawan kita jer yang mainkan peranan dia.. Kita pulak buat bodo je).. tapi ada jugak kawan yang jenis nak merosakkan kita ataupun sekadar nak ambik kesempatan je keatas kita.. Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

berani kau tipu aku.. ! siap kau!!


  aku pun ada kawan baik jugak.. :) tapi dorang da pegi jauh.. masing-masing dah sambung belajar.. aku rindu sangat kat dorang.. huhu.. teringat saat2 manis ketika sekolah menengah dulu.. saat-saat bergurau senda, belajar sam-sama, lepak kat tepi jeti sg. perak sama-sama, menangis sama-sama, gelak sama-sama.. semua sama-samalah.. huhu.. dulu aku pernah hilang dorang sekejap.. time tu ada salah faham.. nak dekat tiga bulan jugak hubungan aku dengan kawan-kawan aku lain.. disebabkan sesuatu, hubungan kitorang jadi lain sgt..

waktu tu, aku rasa dunia aku cam sirna je.. x happy langsung.. tapi time tu aku tengok dorang boleh happy je.. keluar same-same.. aku duk sorang2 jer.. tapi semua tu akhirnya setel jugak.. dan kitorang kembali seperti biasa..  kitorang kawan rapat, pergi kemana pun selalu ber5.. tapi, sekali lagi lepas spm ni, hubungan kitorang da jadi suram balik.. aku juz rapat dengan dua orang je kawan aku daripada 4 tadi tu.. kitorang skrg tinggal bertiga.. tapi kdg best jugak sbb bila ber3 ni kitorng lebih caring and understanding daripada dulu.. yang 2 org lagi tu skrg da ada hdup masing2 jugak..da masuk ipt.. kawan tetap kawan.. sebab bagi aku, sekali kawan, selamanya berkekalan.. aku dengan dua orang lagi ni, Fatin Wanie dan Sheeda Shahida  , da macam x leh pisah.. bila masing-masing dah bawak haluan ni, aku rasa rindu sangat3 kat dorang..  tapi lega jugak, walaupun da jauh, dorang tetap in touch dengan aku.. Tapi, bukanlah bermaksud aku langsung x ingat ataupun sayang ngan kawan2 yang lain.. bukan setakat budak2 5sains, tapi kelas akaun, human n even mpv pun aku anggap semuanya kawan-kawan aku..  aku sayang sgt2 dgn dorang semua.. Luv u all, lah!!!


buat semua kawan2 aku dulu, terutamanya  Fatin Wanie dan Sheeda Shahida , ini khas untuk korang:



Friends are those rare people who ask how you are and then wait for the answer.

A friend is the one who comes in when the whole world has gone out.

One doesn't know, till one is a bit at odds with the world, how much one's friends who believe in one rather generously, mean to one.

Friendship is unnecessary, like philosophy, like art.... It has no survival value; rather it is one of those things that give value to survival.


The best kind of friend is the one you could sit on a porch with, never saying a word, and walk away feeling like that was the best conversation you've had.

The language of friendship is not words but meanings. 
 
A true friend is one who thinks you are a good egg even if you are half-cracked.


Love is like the wild-rose briar;
Friendship is like the holly-tree.
The holly is dark when the rose briar blooms,
But which will bloom most constantly?
~Emily Bronte

Our most difficult task as a friend is to offer understanding when we don't understand. ~Robert Brault, 


Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia  menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam  persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika  kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran





hargailah kawan-kawan korang sebelum korang kehilangannya.. 




 
sekian dulu utk kali ni.. korang jaga diri selalu k..
assalamualaikum... 
dadadadaddadadaad a
=)



Friday, 20 May 2011

biLa harus MEMILIH...

hye semua!!!   :)

Setiap hari kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan dalam hidup ni.. dan bila perlu memilih kita kadangkala terlalu byk berfikir.. kan?? ya, berfikir itu sgt penting utk buat keputusan yg terbaik.. tapi kadang-kadang bila TERLALU berfikir pun boleh jadi perkara yang rumit..

Macam diri aku sendiri, selepas SPM macam2 tawaran yang dtg utk aku sambung blajar.. Alhamdulillah, Allah memberikan banyak peluang kepada aku.. matrikulasi KPM di Gopeng, UiTM Bukit Mertajam- civil engineering, dan jugak IPG.. aku pun pening jugak sebenarnye.. mane satu nak pegi.. bila mintak pendapat org, mcm2 pendapat gak yg aku terima.. lagi bertambah kepeningan aku tu.. huhu.. tapi akhirnya, aku dapt jugak buat keputusan.. ! yeahhhhh.. nk tau mane satu yg aku pilih? haaaa... tgk di bawah ! heeeeee XD

Dengan bangganya (bangga ke?  heeee) , aku nk umumkan yg aku memilih:







Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas, Bandar Tun Razak, Wilayah Persekutuan.


Aku da decide da nk jadi cikgu.. Oppss.. teacher sebenanye.. sbb aku ambik Teaching English as Second Language (TESL) sk.. setelah dipertimbangkan, aku ada byk sebab utk pegi ipg ni.. antara sebabnye:

1. dulu dari kecik aku mmg nk jadi cikgu bi... bila org tanye je, "CITA2 NK JADI APE?" aku dengan selamba damn confidentnye ckp, "NAK JADI CIKGU" bila org tanye lg, "NAK JADI CIKGU APE?" sekali lagi dengan selamba badaknye aku jawab "CIKGU BI" org yang tanye tu pun tanye lah lg "KENAPA PILIH CIKGU BI?" dengan muka x bersalah aku pn jawab lg "SEBAB NAK PEGI OVERSEA" haha.. tu la jwpn time aku budak2 dulu.. mmg aku ni suka berangan nk pegi oversea.. (berangan x salah kn.. hee  ^_^) aku pn sbnarnye x sgka dapat capai cita2 mase kecik aku tu.. hihi sebab time interbiu ari tu, aku maij belasah jer jwb ape yang penemuduga tu tanye.. mmg x sgka lah boleh terpilih.. hehe

2. berbalik pada sebab2 aku tadi, yg kedua ni sebab yg berdasarkan kewangan.. (aku mmg suka kira duet.. haha) tp bukanlah bermaksud aku ni mata duitan, der.. haha.(aku tau ape yg korg fikir) hehe.. maksud aku, masuk ipg ni, x pyh fikir nk bayar hutang ptptn.. lepas tu tiap2 bulan pn dapat elaun.. heee.. part yg ni aku suka! hahax..

3. seterusnya, aku pilih ipg ni sebab masa depan yang dikira terjamin.. yelah, habis blaja terus ada kerja, dengan gaji yg stabil dan lumayan.. kerja pun boleh dikira rilex, kan.. maksudnye, x perlu nak keluar tenaga sgt atau berpanas-panas.. hmmm... okey what.. i like.. hehehe XD

4. lagipun, mmg ramai yang nasihatkan aku supaya pilih ipg ni.. bukan senang nak dapat kan.. so, ramai yg tak setuju kalau aku lepaskan peluang ni.. sedangkan, ramai lagi org yang betul2 nak tp x dpat.. alhamdulillah.. Terima kasih, ya Allah.. ^_^ so, aku dengar cakap cikgu-cikgu aku, parents n family aku, kawan2 aku,.. aku akan pergi ke IPG !!

tarikh daftar lambat lagi.. 20hb jun.. so, aku boleh sambung cuti aku.. yeahhh.. tapi, dlm masa yang sama, aku terpaksa ucapkan selamat jalan kepada kawan baik aku.. Dia dah pun selamat sampai di UiTM kampus Bukit Mertajam.. Selamat berjuang, kawan..! huhuuhhuhuhuh.. x dapat aku nak merasa kehidupan di universiti dengan dia.. kepada sorang lagi kawan aku yang kini berada di UiTM Seri Iskandar, pesanan aku sama jugak, selamat berjuang, dan selamat berdikari... i'm going to miss both of u... 

apa pun, aku kena tabah dan berpegang teguh pada keputusan aku.. doakan lah aku supaya dipermudahkan perjalanan utk menjadi seorang pendidik.. Okey lah... sampai sini saja pertemuan pertama kita.. hope sgt korg akan rajin-rajin singgah di page aku lagi selepas ni.. take care.. bye..! ^_^v