Saturday, 18 February 2012

~ ..peNa Per$aBaTaN.. ~ :)






Bicara Buat Sahabat

sahabat,
izinkan aku nukilkan pena bicara,
mengungkapkan bait-bait kata
yang telah lama membekas
di sudut kecil hatiku ini
kata-kata hati
yang tak mampu lagi terus-terusan bersembunyi..

sahabat,
telah lama kita bina ikatan ini
jujur dan setulusnya dari hati
biar kini kau tiada di sisi
namun kau  tetap ku ingati..

sahabat,

aku ingin kau tahu,
kita berkenalan bukan sekadar dalam laman muka buku,
selepas "like" kita terus melupakan,
keriangan saat kita bersama bukan sekadar kicauan burung di twitter,
yang akan senyap setelah "tweet" ditinggalkan,
dengan dirimu aku pelajari sesuatu,
kegembiraan  yang dirasa seringkali dikongsi dan sama-sama di"tagged",
sehingga kini masih menjadi kenangan yang indah,
walaupun kadangkala kita perlukan masa dan  "MySpace"  sendiri
untuk redakan "mood" yang melanda diri,
tapi, aku tahu,
keakraban yang terjalin antara kita adalah sedalam makna "friendster"
walaupun banyak perubahan dan  "game " yang melanda,
 tapi kita tetap akan setia

sahabat,

setiap kali hati ni berduka dan melara
setiap itu jugalah kau hadir dan sentiasa bersama
walaupun kau sendiri punya kesedihan yang menanti
namun kau tetap jua punya masa
mendengar segala masalah dan rintihan
yang tak pernah pulang daripada hidupku..

sahabat,
dalam hidup sesingkat ini,
kita menghirup terlalu banyak nikmat
yang terhidang di depan mata
mahupun yang perlu digali dan diusaha
dan aku bersyukur
kerana di anatara semua nikmat itu,
aku punyai dirimu yang juga nikmat buat diriku..

sahabat,
kau takkan pernah tahu betapa penting dirimu bagiku
kerana aku tak ingin memberitahumu
tapi aku ingin kau merasai
dan memahami sendiri, jauh dari dasar hatimu..
kerana tak semua bicara mampu menghurai
tak semua madah mampu menjelaskan
tapi hati itu pasti dapat merasa, dan mengenal segala bicara,
yang tak terluah dengan racun kata..


persahabatan ini bukanlah medium untuk meminta
sebaliknya wadah untuk memberi..
namun kali ini, aku ingin meminta padamu;

andai diriku terlena, kejutkanlah aku
andai mata ku buta, tuntunilah aku
andai hidupku hampa, temanilah aku
kerana aku juga ingin lakukan yang sama,
ingin memberi yang sama  untukmu..

sahabat,
aku juga insan yang kerdil
seringkali khilaf dan jahil
andai hatimu pernah terluka, terguris mahupun menangis,
maafkan aku, maafkan aku
kerana sejujurnya aku tak ingin begitu..
kerana kau amat penting bagiku..





okay, mungkin sajak ni entah ape-ape.. tapi seriously, ni dari hati aku.. 
p/s: khas untuk sahabat-sahabatku.. aku sayang sangat dengan korang.. :)


Happy birthday utk kakak aku, Azyanti.. kau da tua! muahaha.. hope u like that mp3 k.. :)

ok la, tata




Friday, 17 February 2012

J 2.8 - a Special part of My lifE.. :)


Assalamualaikum.. :)

Alhamdulillah, masih dapat kita bernafas, melalui 1 lagi hari yg bermakna dalam hidup kita ni.. :) hm, macam mana dgn hari korg hari ni? best x? hm, hari aku pada hari ni best sgt.. hari ni aku belajar literature 4 jam direct.. haha.. walaupun aku aku mmg minat literature, tapi bile kene 4 jam sekaligus ni, kepala aku pun naik ting tong sebenarnye.. haha.. tapi kan, actually walaupun ala-ala kebengongan sikit, tp kelas literature ataupun ES hari ni sangat best sebab kitorg kaji King Lear, hasil nukilan Shakespeare tu dengan lebih mendalam.. gali punye gali, korek punye korek, banyak jugak la emas yang kitorang jumpa.. :P haha.. means, banyak la yang kitorg belajar ahari ni.. daripada kabur dan pening bila dibaca, akhirnya King Lear jadi tarikan pulak pada aku.. ok, i'm being sarcastic! :D


hm, aku rase gembira sebab aku berjaya lalui minggu yang agak perit ni.. semalam, kelas kitorang yang bermula pukul 8 pagi, akhirnya tamat pada pukul 9 malam! wahh, memang syiokk habis, kelas social studies sampai 4 jam.. serius, penat,.. huhu.. tp actually, berbaloi la, kalau tak lepas ni kitorg jugak yang susah sebab kena ganti kelas.. lebih baik ganti awal2.. sebelum assignment yang menggunung mula menghempap kan? hehe.. 
minggu ni aku sebenarnye x berapa sihat.. sekarang ni pun (waktu aku menulis ni), aku still x sihat lagi.. huu.. tapi, ape pun kena stay kuat.. bertahan!! insya-Allah, nanti sembuh..  doakan aku k :)

lately kan, i feel my life is getting brighter and more cheerful.. why? because  i have many friends!! :D hehe.. akhir2 ni kan, aku rasa happy sangat.. kawan-kawan aku semakin rapat dengan aku.. kawan-kawan lama pulak semakin rajin contact.. in fact, kawan yang dulu suram pun da mula kembali menghangatkan hidup aku.. Alhamdulillah, ya Allah.. terima kasih, Kau makbulkan doaku.. :)


thank you banyak-banyak pada kawan-kawan yang concern dgn aku, terutamanya time aku x sihat ni.. honestly, aku terharu sangat dengan layanan korang.. kembar aku kat sini siap termimpi-mimpi lagi, yang aku ni sakit.. hehe.. u're awesome, Syaidatul Syuhaidah.. luv you! :D

time sakit ni jugak, aku terharu sangat bila time aku x larat utk jalan, bila aku berhenti utk berehat, aku still namapk kawan aku berhenti dan tunggu.. still x jemu bertanya, "su, are you okay?" thanks a lot, KAK DAYAH, u mean a lots to me.. thank you 4 everything.. bogoshipta :D

buat 3 suara, Zulida @ mekda, syifaa way, dan jugak Athirah @ Ancestor, thank you jugak.. korang pun sama, x jemu2 tanya aku ok ke x.. ancestor pulak x sudah2 ckap, "kesian syu,weh" haha.. agak lawak bunyi nye.. tapi aku dapat rasa kerisauan dan keikhlasan tu.. thanks sgt2 ye.. :) i love you all.. 
akhir2 ni korang nampak cam sedih.. lagi-lagi mekda n syifaa.. kuatkan semangat k.. kita study sama2.. insya-Allah, kalau korang nak mintak tlg pape, cakap je, jgn malu2 k.. ape aku bleh tlg aku akan tlg.. wlaupun aku pn sbnrnye bukannye budak pandai.. :D

buat Arif, Izzat, adib dan jugak roy, minggu ni aku happy bila kita byk bersembang.. i mean, lebih banyak bercakap daripada dulu.. seriously, korang lelaki yang sangat baik dan awesome! best sgt kwn ngan korang.. :) 
p/s: Izzat, nanti aku pinjam gunting lagi eh.. hehe..

buat classmates yg lain, wafa, nisa (kakak kawasan) :D, milan, kausilya, kak long- kokila, joyce, sherry, diyana, nana, dayah, dan jugak jannah: thousands of thank you! u all made my day better.. dengan lawak2 korang, aku banyak gelak, walaupun hakikatnye perut aku sakit sangat bila gelak banyak macam tu.. ahaha.. 

ape pun, semakin hari aku semakin mengenal hikmah kenapa aku berada di sini- IPIK, bukannya di UiTM ataupun matrikulasi.. Takdir Allah itu sememangnya tepat, dan itu adalah yang terbaik utk kita.. Alhamdulillah, dengan adanya kawan-kawan, hidup di sini lebih indah dan bermakna.. redhalah, semoga IPIK ni akan menjadi tempat terindah dan istimewa dalam hidup kita semua.. Semoga Allah memberkati segala usaha dan memudahkan segala urusan kita.. Insya-Allah..  :)


I luv u all.. take care, tata.. :)





Wednesday, 15 February 2012

.. rAiN oVeR mE..





Assalamualaikum.. 

ape khabar semua? Alhamdulillah, kepada yang sihat.. dan kepada yg x sihat tu, jgan lupa makan ubat k.. semoga cepat sembuh.. :) hmm.. today (15/2/2012) was such a lovely day for me.. why? because it RAIN!! :D
Aikkk. apsal wat muka macam tu? =.=' ok fine, mgkin pada korang semua rainy days are nothing.. but for me, rainy day is everything.. huh! sarcastic! haha.. :P 
but, actually, it's true! for your attention, i do love rainy days damn much!! huhu.. seriously, memang begitu sejak dulu lagi.. sangat2 suka bila hari hujan.. aku akan jadi excited.. but innerly la, xde pulak aku melompat2 bila hari hujan.. gila ke hape? haha

tapi biasala, bila kene hujan ni kalau antibody x cukup kuat, org senang kene selesema n jugak demam.. but alhamdulillah, so far, hujan memang serasi dengan aku.. sepanjang aku hidup kat dunia ni, belum pernah lagi aku demam bila kene hujan.. ( tapi time baby dulu xtau lah pulak.. hehe) hopefully akan terus macam ni lah hendaknya.. :D


 

hari ni aku berjalan balik dari kelas berbumbungkan payung berwarna ungu, berjalan dengan classmate aku ala-ala macam dalam filem hindustan.. haha.. kalau orang nampak confirm salah faham.. tapi dun wory, kami memang kawan je xde ape-ape ok.. sambil ditemani oleh kekanda di sini, yang merangkap tedy bear aku, KAK DAYAH (i mentioned ur name! haha).. hari ni memang hari yang best.. yang pastinya sebab hari ni HUJAN! hehe..

bagi yang tak suka hujan tu, mungkin akan cakap macam ni:



haha.. tapi bagi aku, aku tersangat lah suka hari hujan ni.. Aku sangat suka hari hujan disebabkan oleh beberapa sebab.. salah satu sebanb yang jitu adalah, hari hujan paling best utk tidur!! hahaaha.yang ni confirm korang pun suka, kan..? hehe

selain daripada tu, hujan ni paling best bila korang nak menyamar.. no one will notice when you cry in the rain.. no one will know whether it is tears or rain water.. unless, that person is very close to you and your heart, n he/she was actually looking INTO you.. :)


paling penting, hujan ni rahmat Allah.. kita kena la bersyukur bila hari hujan, tandanya diberi nikmat air utk minuman dan kehidupan seharian.. kalau x hujan, mana nak dtg nye air utk minum semua tu..? asyik gali je, air mineral pun habis.. masa tu baru tau betapa susahnye hidup bila x hujan.. so, bersyukur ok.. be grateful or you're unfaithful.. :)

sorang kawan pernah bagitau aku ni:

"Kita takkan tahu adakah dia sudi utk memberikan payungnya kepada kita.. sedangkan dirinya berjalan  tanpa teduhan..  kita takkan tau adakah dia sudi utk mengasihani kita.. berhenti dan bertanya dengan penuh perhatian.. kita takkan tahu adakah dia sudi berkongsi dan memayungi kita..  sama-sama berjalan  walaupun tahu akan kebasahan.. sama-sama berteduh dan kesejukan.. kita takkan tahu, sehinggalah tibanya hujan.. "

walaupun kau dah tak mungkin lagi dapat merasai berjalan dengan ku dalam hujan.. sama-sama kebasahan dan kesejukan.. tapi, aku akan selalu ingat kau.. setiap kali hari hujan.. thanks because always be there, to share your umbrella with me.. even though i never asked for it.. :)




bagi sesetengah orang, hujan mungkin membawa kesedihan.. tapi percayalah, di sebalik hujan itu ada pelangi kegembiraan.. 










For those who are in the raining mood, just keep on raining... you'll feel much better later.. :)




i hope you guys are liking rainy days too.. trust me, rain is a gift, and a gift shouldn't be wasted.. 


appreciate it more, you'll be touch! 

take care.. tata.. :)

Saturday, 11 February 2012

smiling TEARS.. :)




Assalamualaikum.. :)

Senyum..! :) dalam hidup ni ada banyak sebab yang membuatkan kita senyum.. most of the reasons are because we are happy.. right? tapi, sebenarnya senyuman tu ada banyak maksud.. bukan cuma sebab gembira dan bahagia.. tapi ada banyak sebab lain lagi..

sesetengah daripada kita sangat jjur dengan diri sendiri.. aku sangat respect kat org macam ni.. jujur yg macam mana? jujur yang aku maksudkan ialah, dia akan tersenyum bila dia gembira, dan dia akan menangis bila dia sedih.. mungkin pada sesetengah orang, benda ni biasa je.. normal lah tu kan, senyum bila happy, nangis bila sedih.. what's so great about that? hm.. hidup orang yang macam ni selalunya lebih bahagia daripada orang lain.. kita mungkin bleh jujur dengan orang lain.. kawan kita, pasangan kita.. tapi sebenarnya sangat susah untuk jujur dengan diri sendiri.. x caye? pernah x hati korang kata korang sebenarnya x suka dengan sesuatu ni, tapi korang still beli sebab korang rasa benda tu penting.. x kisahla utk diri sendiri atau orang lain.. korang still beli walaupun x suka kan.. korang akan fikir, "fikirkan kepentingan dulu, ketepikan perasaan".. haa.. di sini lah kita menipu diri sendiri..

ramai antara kita sebenarnya selalu tipu diri sendiri.. dan ramai jugak antara kita yang tipu dua-dua sekali, diri sendiri dan jugak orang lain.. kita tetap tersenyum, walaupun dalam hati sedih sangat.. betapa bahagianya, kalau kita bleh jadi jujur pada diri sendiri.. aku selalu fikir macam tu.. aku sangat teringin nak ketawa bila aku happy, dan nangis bila aku sedih tanpa fikirkan orang lain.. bestnye..

korang sedar x, di sekeliling kita sebenarnya ramai orang yang senyum punyelah lebar.. tersengih-sengih macam kerang busuk.. tapi sebenarnya kan, diorang sangatlah sedih.. diorang terpaksa jadi hipokrit.. tersenyum sana tersenyum sini semata-mata xnak orang tahu yang dia sedih.. aku kagum sangat dengan orang yang macam ni.. hopefully aku setabah diorang..





so, kepada korang yang sekarang ni tengah tersenyum walaupun menahan airmata.. aku pasti ada sebab kenapa  korang buat macam tu.. ape pun, aku doakan korang kuat.. dan teruskan tersenyum.. tapi, jangan pernah lupekan senyuman dari hati setiap kali korang betul2 rasa happy.. bila korang happy, senyumlah dengan hati.. orang akan tahu, yang korang insan yang tabah.. :)














tabahlah, Allah akan membantumu.. ;)

k, tata..