Wednesday 25 June 2014

aman and you




Selama ni tak nak “sweet-sweet” sebab takut nangis. Tapi hari ni, tak peduli dah semua tu. Kalau nangis tissue kan ada.. untuk orang tu, wet tissue pelbagai warna dan bau pun ada.. hekhek

Assalamualaikum..
kepada anda yang membaca.. hari ini aku nak kongsikan satu cerita. kisah aku di bumi IPIK, kisah pertemuan aku dengan seorang insan yang berwajah manis dan suka ketawa.

3 years ago, a big turn of event happened in my life.. the moment where I had to make a choice to decide a future. Lama berfikir, lama menimbang-nimbang ke mana arah tuju selepas SPM, ke mana arah kaki di masa hadapan.. walaupun dah lama berfikir dan keputusan dah ada dalam tangan, tapi kuasa Allah siapa yang tahu.. bukan UiTM menjadi tempat persinggahan, bukan kejuruteraan menjadi kerjaya impian. Tapi di sini, di IPIK ni aku tersadai, dengan perguruan sebagai kerjaya pilihan.. bukan pilihan aku, tapi pilihan orang tua, pilihan keluarga. Jenuh aku menangis bagai nak kering air mata. “ini bukan minat aku, ini bukan yang aku mahu”. Bodoh. Hati memberontak, tapi fizikal lumpuh tak mahu bertindak. Yang aku buat, cuma menangis, menangis, dan menangis. Sebulan. Cukup sebulan aku macam tu. Makan tak lalu, raga tak bermaya. Sampaikan kakak hantar big Mac pun rasa tak sedap, rasa macam burger entah apa-apa. Kalau orang dalam masalah, selalunya orang makan tak lalu, tidur tak lena. tapi aku tak, tidur aku lena, Cuma bila bangun pagi mata bengkak entah macam apa. Cukup sebulan, penat dah menangis lastnya aku buat keputusan. Sebab aku tahu, dah tak ada pilihan, aku pun sign surat perjanjian. Nah, ambik kau! Lima tahun setengah kena ikat kontrak dengan kerajaan. Aha, tambah lima tahun lagi waktu bekerja nanti. 



Tapi siapa sangka, hari ni aku boleh ketawa sendiri mengenangkan kebodohan diri. “membazir air mata je menangis macam tu dulu”. Kakak-kakak aku pun bila membahan, sampai sakit rahang mulut nak ketawa. Yela, tu cerita dulu, waktu aku taknak jadi cikgu.. cerita yang sekarang ni rasanya cukup lucu, untuk dikenang dan dijadikan bahan pelincir bahan peledak ketawa. Yela, gelak la kuat-kuat, sebab aku tau semua tu memang lucu pun. 

Tapi apa nak buat, semua dah jadi, kan.. dan dalam sebulan zaman kekalutan hidup aku tu, ada sorang manusia ni yang tahan je apa yang aku buat kat bilik tu.. hari-hari dia tanya aku, “awak okey ke?” hari-hari dia tanya aku ”awak dah makan?”. Aku ingat lagi, first week right after orientasi, aku dah cabut balik umah. Hari ahad bila balik hostel, jumpa minah ni, dia sibuk bercerita dia pergi makan kat kedai makan dekat-dekat dengan maktab. Beriya-iya dia tunjukkan arah kedai tu dengan tangan dia. Aku cuma tadah telinga, tak bayangkan langsung pun mana arah yang dia tunjuk tu. Sebab hati aku masih kat kampung. Masih kat bagan datoh. Kalau tak silap aku, aku ingat dia cakap dia makan lauk ikan keli ke ape. Ntahla. (yeke awak makan lauk tu? Haha) lepas dah beberapa lama aku biasakan diri kat situ, sau hari aku pun kuar la makan. Jalan-jalan pergi mymart. Waktu tu dalam hati, aku pun cakap “ni lah kot kedai makan yang rumet aku cakap tu.” Bila balik bilik siap cakap lagi aku dah pergi kedai yang dia cakap hari tu. Tak payah cakap kedai makan sangatlah. Velodrom cukup. Haha..


Nak dijadikan cerita, sebulan tu dapat dilalui dengan baik sebab ada minah ni dalam bilik tu. Dia diam je bila aku nangis. Duduk je kat katil dia duk tengok aku dengan muka yang kesian seribu. Haha.. kesian awak.. mula-mula macam susah jugak nak adapt, mungkin sebab aku first time duk hostel kot. Tambah lagi environment kat maktab ni tak macam kat u, tapi macam kat sekolah berasarama. Lagi lah aku culture shock. Ada jugak ipt macam ni rupenya. Tapi, as time goes by, kami jadi rapat. Macam adik beradik. Aku dengan minah ni. Padahal kami macam langit ngan bumi. Dia dengan tudung labuh dan background sekolah agamanya, dan aku perempuan entah apa-apa dari smk seri muara. tapi itulah gunanya komunikasi. Bila hari-hari dah bercakap, mulalah kenal mengenal. Mulalah belajar satu sama lain. Barulah aku tau dia orang yang macam mana. Dan hari ni, setelah tiga tahun hidup sebilik dengan dia, dah tak terhitung berapa banyak kali kami kata mengata, kutuk mengutuk sampai entah berapa banyak nickname aku bagi dia( plankton, kuali, etc), gelak kuat-kuat macam orang gila, mengata jiran sebelah yang berebut ampaian dengan pasang lagu indian dance, baring tengok drama korea sama-sama, nangis sama-sama, stress sama-sama. Tak terkira. Hidup dengan dia, aku banyak belajar pasal dunia. Sebab dia jenis orang yang boleh masuk debat piala diraja. Kalau bercakap isu semasa muka serius kalah Obama, tangan bergerak kalah karam singh walia, dan kalau ketawa jangan ceritalah, kalah high pitch siti nurhaliza. Hidup dengan dia aku jugak belajar ilmu agama. Walau aku kurang disini dan sana, tapi dia bukan orang yang judge aku based on rupa. Dan dengan dia jugak, aku banyak belajar pasal diri sendiri. Dalam kecoh-kecoh and funky dia tu pun, dia kuat memerhati. Satu persatu benda kecik-kecik semua dia teliti. Dia faham aku, mungkin lebih dari tahap aku sedar tentang diri aku sendiri. Dulu ada orang pernah cakap kat aku “you read me like a book”. And I guess, now I can say the exact line to you, rumet. “you read me like a book”.



Tapi tempoh tiga tahun ni, aku percaya, bukan aku je yang berubah. Dia pun. And aku yang ubah dia. Hehehehe. Tapi malangnya, entah kenapa, betul macam akak aku cakap, aku ubah dia kerah negative. Haha.. nasib kau lah labuu.. dulu dia polos je, bila dipuji cantik menjerit marah sebab malu. Sekarang, hambik kau. Pantang aku cakap cantik sikit, tersenyum suka, siap ketawa lagi. Belum lagi tambah pujian untuk diri sendiri. “saya tau, saya memang cute”. Omaigadd.
Itu baru satu. Dulu, dia mana layan cerita-cerita korea ni. Sekarang.. siap mintak cerita lagi dari aku. Dengar aku cakap best tapi cerita hantu, sanggup dia tunggu aku balik sebab nak tengok sama-sama. Belum lagi cerita yang dia tengok sendiri kat umah, dejagum ke ape entah tajuknya, sampai 50 episod dia tengok. Bukan main.. haha.. lagi, dulu dia dengar lagu nasyid je.. mungkin la ada lagu omputih ngan lagu melayu.. tapi sekarang, sebab dia dapat rumet macam aku, malangla, aku bagi dia dengar lagu FT Island hari-hari. Dah naik hafal dah dia. Haha.. tahun  lepas aku ajar pulak dia tengok shinhwa. Ah sudah.. dia layan aje.. sekarang ni lagu korea dah masuk dalam playlist dia.. yang slow-slow tu dia suka la.. siap dengan versi piano nye.. cayalah..

Ada masanya kami jugak macam orang lain, tenggelam dalam mood masing-masing. Moody, sedih, bengang. Itu perkara biasa. Tapi Alhamdulillah, walau seteruk mana pun mood yang melanda, kitorang tak pernah bergaduh sebab terbawak-bawak dengan masalah masng-masing. Bahkan kitorang selalu sembang-sembang. Cliché, tapi minah ni kalau nak ajak aku sembang, dia akan tanya “apa pendapat awak kalau…” selalu macam tu. Dah lama merapu, barulah dia cerita apa yang jadi. aku pun tak kurang jugak. Bila nak start sembang selalu jugak guna ayat cliché ni. “Awak rasa kan..” haha.. senang cite, kitorang ni sama je.. dalam hati berkecamuk sangat, tak boleh tahan dah lastnya sembang jugak. Nah, tadah telinga dengar cerita aku. Itulah kami.



Bukan senang nak cite semua benda kat seseorang. It takes 3 years for us to be like that. Indeed, she is someone that I feel I can talk to, for almost about anything. Sebab dia orang yang aku percayai, lebih daripada aku percaya diri sendiri. Dulu semua benda aku simpan sorang-sorang.. walaupun rasa penat, hati  macam dah nak pecah, tapi semua ku tahan. Nak cerita kat orang? Tak pernah terdetik pun. Secretive. Yes, I was. I used to. Tapi sekarang entahla, dah terkena symptom mulut kiah propa, almost everything aku cerita kat dia.. secretive konon. Entah kemana aku campak perkataan tu dari kamus hidup aku.





Bilik ni. Bilik nombor 13. Ohh ni bukan bilik nombor 13 cerita hantu tu. Tapi ni bilik nombor 13 level 3 blok Aman, IPIK. Inilah bilik kami. Syurga kami. Ewahhh
Bilik ni kat hujung sekali. So apa lagi, memang port terbaik la nak buat bising. Gelak la kau kuat-kuat pun, jarang ada orang datang tegur. Sebab apa? Senang je. Sebab jauh. Orang pun penat nak jalan. Memang jauh, tu tak dinafikan. Tapi bilik ni memang ohsem gua cakap sama lu. Privacy diaa, tip top. Harap-harap owner baru dia nanti dapat jaga bilik ni baik-baik.


ini pulak katil aku. kat atas katil ni la aku menangis, layan perasaan, gelak sorang-sorang bila layan Runningman, dan jugak port bersembang dengan minah tu. oh, tak lupa, atas katil ni la dia selalu suka baring and duk menyebok time aku tgh tengok drama korea.. :)



Kalau nak dihitung kenangan menggila bersama, sampai esok pun belum tentu habis nak dicerita. Sebenarnya jujur, tersentuh hati ni bila aku dengar dia kata dia nak duduk bilik sorang, sebab taknak rumet baru. Alasan dia sebab nanti rumet baru terkejut dengan perangai entah apa-apa dia. Tapi dia sendiri kata tak ada orang boleh ganti aku. Arghhhh rumet! Kau tak tau aku tahan je airmata daripada meleleh kat situ. Time dengar dia cakap cam tu dalam hai aku “arghh tacing-tacing pulak dia ni. Kang banjir pulak level 3 ni”. Ya, sebenarnya aku pun sedih. Sedih bila tengok dia pura-pura ok. Sedih bila dengar dia banyak cakap lebih daripada biasa. Sedih bila dengar dia jumpa penyelia nak mintak bilik kosong single. Tapi macam selalu, aku buat macam biasa. Macam keras hati sangat nak keluar asrama. Memang la aku nampak biasa, tapi tu tak bermaksud aku ok and tak rasa apa-apa. Sebenarnya aku pun sedih jugak nak tinggalkan dia yang selalu tiap-tiap malam tak kunci pintu, yang selalu lupa letak kunci bilik kat mana. Sedih tau tak.

balik kampung pulak, baca nota yg dia bagi. sumpah sedih.. huhu.. btw, buku tu, i'll definitely read it. thanks, dear..



Memandangkan kitorang dah tak lagi sebilik, dah yak boleh nak membebel kat dia dah.. so, kat sini aku nak pesan some things.

Memandangkan awak duduk bilik sorang:

1. malam-malam jangan lupa kunci pintu
2. kunci bilik letak kat tempat yang senang nampak
3. walaupun stress jangan skip meal
4. kalau sakit makan ubat
5. beli stok eno halia and simpan kat bilik. (Awak tau sebabnya.. hehe)
6. kunci jam and bangun tido jangan kelam kabut
7. bulan puasa jangan lupa sahur
8. jangan buat kerja banyak sangat. Bagi orang lain chance buat sendiri. (Tak payah nak rajin sgt, lepastu stress..)
9. kalau ada apa-apa jangan simpan sorang-sorang
10. contact saya selalu.



In future, kalau awak ada rumet baru:
Rumet syafa, meh sini aku nak pesan sikit.

1. jangan percaya kalau dia nak tidur 5 atau 10 minit. Kejutkan sampai dia bangun.
2. kalau dia kata jangan kunci pintu sebab dia nak keluar lagi, jangan percaya jugak. Kunci je pintu.
3. dia suka tidur kat atas lantai. Jangan terkejut kalau bukak-bukak pintu tiba-tiba nampak dia dengan braille dia kat atas lantai.
4. tolong kemas bilik. Jangan biarkan tempat kau bersepah. Kalau tempat kau bersepah, cuba usha sikit tempat dia. Kemas kan? Malu tak?
5. dia suka warna pink. Kalau dia kata nak cat bilik or hias bilik warna pink, kau layan jela.. :D
6. dia suka bereksperimen. Cita-cita dia dulu nak bukak tadika, so kalau dia lukis-lukis bentuk kat dinding bilik tu, kau redha jela. Ye?
7. dia suka menjahit. Kalau time dia menjahit tak payah cakap ngan dia. Nanti dia bg respon macam mak-mak. “hem.. hem” macam tu je.
8. kalau tengok cite ngan dia, make sure kau tau cite tu and explain kat dia. Kalau tak part lawak dia tak gelak, part yang entah apa-apa dia gelak.
9. jangan selalu balik umah. Sebab dulu aku selalu balik.
10. teman dia keluar makan. Sebab dulu aku jarang keluar makan dengan dia. 



Apa pun, parting is not an end. It is a start to appreciate even more.

Semalam, aku baca blog dia. She described me so beautifully. Well, exaggerating is one of her specialities as usual..  tapi serius tak pernah terfikir dia pandang aku macam tu. bila terbaca tulisan dia, hati aku tertanya, “did I really do that?” I guess, the way you see me indeed different from the I way I see myself. thanks for your touching writing. but, what? my children will die in silence because of my stares? HAHAHAHA yang tu melampau betul! XD


Honestly, ini kali pertama aku tinggalkan seseorang dan pergi. Most of the time before this, orang yang selalu tinggalkan aku. So, I know the feeling. I truly know. Dulu, selalu aku fikir,

“luka orang yang meninggalkan takkan sama dengan orang yang ditinggalkan. Sebab, orang yang pergi akan  mencipta kenangan di tempat baru, sedangkan orang yang ditinggalkan akan mulakan hidup baru di tempat yang penuh dengan kenangan.”

Tapi sekarang, aku mula faham. Aku mula sedar. Tak semua pemergian itu menggembirakan. Walau berteman tawa, tapi sekelumit pun, mesti ada rasa rindu dan syahdu. Pergi bukan bermaksud meninggalkan kenangan. Sebab kenangan tetap akan hidup di tempat baru, dan sometimes tu lebih menyakitkan, sebab orang yang pergi belum tentu dapat kembali ke tempat kenangan tu dicipta. 

So, just to let you know, dear rumetku. Walau kita tak lagi baring dengan katil sebelah menyebelah, tak lagi duduk bersila dekat bawah, tapi tak bermaksud saya akan lupakan awak. May Allah bless this friendship till jannah. 

Meeting you is a miracle. Knowing you is a bless.



p/s:  Me too, loving you lillahi taala. I’ll cherish you, Syafawani. Forever, insya-Allah. take care, see you soon! ^_^


2 comments:

  1. Salam, rumetttt...this post was written about 7 months ago n i just discovered this todayyyy... Awak memang suke buat orang touching tau... tau-tau aje orang akan nangis :'( i miss you badly..

    Hahaha..mana mungkin saya lupa semua kenangan bilik 13 tu. legend kot duduk dengan budak tesl mcm awak..dpt anugerah pulak tu..huhu. U never failed me, not even once..kalau buat lawak tu berangkai-rangkai..gelak sampai nak ke toilet tau tak..haha..haih rumet..seriously, sampai sekarang hati tertutup nak duduk sebilik dengan sapa-sapa, not even juniors..not even seniors, and not even my bestfriends..they wont even make 1/3 of you..haha

    knowing u is a bless..i cherish every moment tau..walau kita jarang keluar skali, or keluar makan or jalan2, tapi 3 tahun duduk sebilik dah cukup nak cover everything and we know each other in and out, best n worst and all..awak faham saya..and that alone is the best gift awak bagi dkt saya :')

    number 10 tu buat saya leleh air mata banyak kali tau. sbb dulu saya pernah sedih bila xdpt kluar mkn dgn sapa2 bila awk balik rumah..and now, sy kluar mkn sorang2 je. be it breakfast lunch or dinner..kecuali time tak cuti sbb org tak balik. haha. mcm sekarang lagi sedih je..tapi xpela..better alone tapi kurang sakit kan?

    rumet, u're my first, one and only rumet..i cherish u forever, love u forever, pray for ur best forever. thank you for being here in my life :) 3 tahun yg panjang rasa singkat sebab ada awak..sebab saya rasa tak cukup..sebab saya rasa macam nak patah balik and appreciate u more..sorry atas salah silap saya for annoying u most of the time.hhahah. i love u :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha awak ni kelakar tau tak. Entry ni dah berkurun dah, awak baru nak fefeeling terharu sedih.. 😁 sy pun kalau boleh nak ulang balik masa dulu. Rasanya macam banyak sgt kurang sy pd awak. Dahla selalu tinggal awak, pastu jarang kuar ngan awak. Belum dengan masalah2 sy lagi. Kesiannya awak.. Hmm.. Thanks syafa, for being there for me all the time. May Allah repay your kindness. Sy syg awak lillahi taala, sorry for not be able to remain by ur side. But do know, i'm always here. Call me whenever u need me ok. For sure, sy akan campak apa yg sy tgh buat, sy call awak balik! ☺

      Delete