Friday 20 April 2012

pena hati






Assalamualaikum.. :)

wahhhh.. dah lama betul tak menjengah blog ni.. dah naik bersawang dah ni.. kene gotong royong pulak nak bersihkan.. hehe.. betul.. agak lama aku tinggalkan blog ni berseorangan.. walaupun hari-hari yang berlalu ada antaranya hari-hari yang penting dalam hidup aku.. bukan aku tak ingin bercerita... bukan aku tak ingin berkongsi.. nawaitu itu memang ada.. tapi tangan ini tak mampu untuk mencoret.. mungkin hati ini masih lagi kosong.. kosong.. kosong.. (mcm lagu najwa latif pulak kan? :P)

yup, bulan lepas memang birthday aku.. alhamdulillah, ramai kawan yang menyerikan hari tu, menjadikan ia lebih indah berbanding tahun-tahun sebelumnya.. cuma, memang berbeza, bila yang selalu ada itu tiba-tiba tiada.. membuatkan hati bergetar hebat, jiwa bagai tiada semangat.. tapi, alhamdulillah, ramai yang sudi menemani.. tanpa disangka, tanpa disedari, rupanya diri ini ramai yang menyayangi.. terima kasih, kawan-kawan.. u don't know how grateful i am.. every time we are near, so close.. so precious.. :)
walaupun birthday kali ni adalah antara yang paling hectic pernah aku lalui (disebabkan mock exam) tapi ia jugak birthday paling lama yang aku sambut.. mana tidaknya, roommate kesayangan siap buat rancangan dengan kawan-kawan, makan kek waktu birthday mak aku (25/3).. seminggu jugak lah aku sambut birthday.. hehe.. korang ada? tak ada, kan? wekkk :P

hm, sekarang ni, nightmare semakin menjadi-jadi, bila result exam tu dah mula menjengah.. dua paper dah dapat.. alhamdulillah, aku lulus.. tapi masih perlukan banyak usaha untuk lebih berjaya.. memang, aku bersyukur dengan markah yang ada.. tapi, of course, kecewa itu ada kerana aku berharap aku lebih berjaya.. tapi tak apalah, lebihkan usaha, insya-Allah, rezeki tu ada.. optimistik kan? heee

Alhamdulillah sangat-sangat-sangat, bila kawan aku mendapat rezeki, tawaran emas untuk mengubah nasib diri dan keluarga.. walaupun masih lagi dalam tahap temuduga, tapi insya-Allah,dengan izin-nya, kau akan berjaya.. sama-sama ubah persepsi dunia, persepsi manusia terhadap diri kita.. dan yg paling penting, ubah diri kita untuk dapat persepsi yang lebih baik daripada Allah.. (itu yang sepatutnya kita fikirkan).. i'm so proud of you.. :)

Lately, tubuh ini seakan diuji.. kesihatan seolah-olah hilang konsentrasi.. Ya Allah, sebenarnya aku khuatir sekali.. bantulah aku, ya Allah.. kuatkan aku..

ujian semakin mendatang, dugaan semakin menghampiri.. ya allah, tabahkan hati ini.. kuatkan semangat ini.. pinjamkan aku ketabahan, kekuatan, dan pegangan untuk terus berdiri.. untuk terus berlari, untuk bangun dikala rebah,  untuk kekal terlihat gagah.. Bimbinglah aku, Ya Allah.. 

okaylah, nampak nye sampai di sinilah dulu pertemuan kali ni.. tangan sudah tidak mampu untuk menari di atas papan kekunci, mata sudah mula menatap bumi, tilam empuk sudah mula menyanyi, dan hati tak kuat lagi untuk terus berkongsi.. aku perlu tidur!! yeah.. lain kali bertemu lagi, insya-allah.. 




tata.. :)


  

No comments:

Post a Comment