Saturday 18 February 2012

~ ..peNa Per$aBaTaN.. ~ :)






Bicara Buat Sahabat

sahabat,
izinkan aku nukilkan pena bicara,
mengungkapkan bait-bait kata
yang telah lama membekas
di sudut kecil hatiku ini
kata-kata hati
yang tak mampu lagi terus-terusan bersembunyi..

sahabat,
telah lama kita bina ikatan ini
jujur dan setulusnya dari hati
biar kini kau tiada di sisi
namun kau  tetap ku ingati..

sahabat,

aku ingin kau tahu,
kita berkenalan bukan sekadar dalam laman muka buku,
selepas "like" kita terus melupakan,
keriangan saat kita bersama bukan sekadar kicauan burung di twitter,
yang akan senyap setelah "tweet" ditinggalkan,
dengan dirimu aku pelajari sesuatu,
kegembiraan  yang dirasa seringkali dikongsi dan sama-sama di"tagged",
sehingga kini masih menjadi kenangan yang indah,
walaupun kadangkala kita perlukan masa dan  "MySpace"  sendiri
untuk redakan "mood" yang melanda diri,
tapi, aku tahu,
keakraban yang terjalin antara kita adalah sedalam makna "friendster"
walaupun banyak perubahan dan  "game " yang melanda,
 tapi kita tetap akan setia

sahabat,

setiap kali hati ni berduka dan melara
setiap itu jugalah kau hadir dan sentiasa bersama
walaupun kau sendiri punya kesedihan yang menanti
namun kau tetap jua punya masa
mendengar segala masalah dan rintihan
yang tak pernah pulang daripada hidupku..

sahabat,
dalam hidup sesingkat ini,
kita menghirup terlalu banyak nikmat
yang terhidang di depan mata
mahupun yang perlu digali dan diusaha
dan aku bersyukur
kerana di anatara semua nikmat itu,
aku punyai dirimu yang juga nikmat buat diriku..

sahabat,
kau takkan pernah tahu betapa penting dirimu bagiku
kerana aku tak ingin memberitahumu
tapi aku ingin kau merasai
dan memahami sendiri, jauh dari dasar hatimu..
kerana tak semua bicara mampu menghurai
tak semua madah mampu menjelaskan
tapi hati itu pasti dapat merasa, dan mengenal segala bicara,
yang tak terluah dengan racun kata..


persahabatan ini bukanlah medium untuk meminta
sebaliknya wadah untuk memberi..
namun kali ini, aku ingin meminta padamu;

andai diriku terlena, kejutkanlah aku
andai mata ku buta, tuntunilah aku
andai hidupku hampa, temanilah aku
kerana aku juga ingin lakukan yang sama,
ingin memberi yang sama  untukmu..

sahabat,
aku juga insan yang kerdil
seringkali khilaf dan jahil
andai hatimu pernah terluka, terguris mahupun menangis,
maafkan aku, maafkan aku
kerana sejujurnya aku tak ingin begitu..
kerana kau amat penting bagiku..





okay, mungkin sajak ni entah ape-ape.. tapi seriously, ni dari hati aku.. 
p/s: khas untuk sahabat-sahabatku.. aku sayang sangat dengan korang.. :)


Happy birthday utk kakak aku, Azyanti.. kau da tua! muahaha.. hope u like that mp3 k.. :)

ok la, tata




No comments:

Post a Comment