Friday 8 June 2012

Tears Letter



Assalamualaikum..


kadangkala, kita rasa gembira tanpa ada sebab.. tak de sebab, tapi kita asyik nak tersenyum, hati rasa tenang, riang semacam.. =D bagussnya perasaan tuu kan.. tapi ada jugak masanya bila sedih datang, walaupun ada perkara gembira yang berlaku, tapi hati kita lebih kuat rasa sedih.. tak rasa happy pun dengan kegembiraan yang satu tu.. hm.. tu lah manusia.. mudah terbawa-bawa dengan emosi..

macam tu jugak, bila kita tengah sedih, kadang-kadang kita terlupa dengan orang sekeliling kita.. macam kita sorang je yang sedih.. kita terlalu layan perasaan sampai kita tak perasan sebenarnya ada ramai yang dok beratur nak buat kita gembira.. at least, akan ada family kita yang akan selalu support kita.. betul tak? ada jugak kawan-kawan, yang sayang sangat ngan kita.. =)

so, jangan lah sedih sangat sampai kita abaikan orang di sekeliling kita.. aku tak berani nak kata "janganlah sedih" or "janganlah nangis" sebab, sometimes, tears do make us feel better.. so, menangislah dulu, sampai puas,.. tapi lepas tu, senyum balik, senyum lebar-lebar.. okay?? ^_^


Aku   : "menangis tu bagus kan..?"
R      : " kenapa?"
Aku  : " sebab ia mencuci mata daripada habuk.. menyegarkan mata.daripada keletihan.."
( sikit punya lebar aku senyum lepas jawab macam ni..)

R     : ye.. memang bagus.. sebab tu lah Allah ciptakan air mata.. tapi, tau tak kegunaan lain air mata?
Aku : .... (aku diam, biarkan dia berbicara)
R     : untuk basuh hati kita.. setiap kali lepas nangis, kita akan rasa lega, betul tak? 
Aku : (mengangguk)
R     : sebab kesedihan kat hati kita tu dah dibasuh dengan air mata kita.. dah hilang.. tapi, kenapa bila kesedihan tu dah hilang, kita panggil dia balik? 
Aku : (kerut dahi)
R     : kenapa bila dah lepas nangis, still duk sorang-sorang? ingat balik kisah-kisah sedih tu? sepatutnya, SENYUMMMMMM.. barulah hati jadi gembira.. =D
Aku : (tersenyum..~tak sedar sebenarnya, tapi senyuman tu makin lebar! haha~)

childish kan? hehe.. tapi ni lah kenangan.. walaupun macam budak-budak, tapi tulah yang buat kita ketawa.. thanks to R, cara dia pujuk aku, berjaya buat aku tersenyum seharian.. tak ada apa pun sebenarnya, kan? tapi tulah, kadang-kadang kita tak perlukan sebab untuk tersenyum.. 


Jangan malu untuk menangis sebab menangis pun ada kebaikan tau.. 

Ni haa,  antara kelebihan menangis.. :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang bisa membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
 Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 menit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis bisa menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan meningkat kembali. Air mata yang dihasilkan kerana emosi mengandung 24 peratusn protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang  disebabkan oleh  iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahwa air mata yang keluar  menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh aitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.


6. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun menghadapi pelbagai masalah dan ujian, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.



okay la.. that's all for now.. tata =)

No comments:

Post a Comment