Friday 22 June 2012

Kau dan Aku





Aku maafkan kau.
. jujur berbicara, hati ini benar sakit, benar terluka.
. tiada lagi mampu berawak dan bersaya..
 mungkin kini lebih baik bagi kita, membawa haluan yang berbeza..
 kau ke kanan dan aku ke kiri.. 
biarlah kita tak lagi berjumpa, biarlah kita tak lagi bersama.. 

yang terjadi sebaiknya dilupakan,
 ditimbus dalam pusara kenangan..
 segala keperitan, segala kedukaan, segala kesengsaraan, lupakan..
 segala kegembiraan, segala kesenangan, segala keceriaan, padamkan.. 
sebaiknya biarkan masa memainkan peranan.. 
berlari jauh daripada perasaan..

 kau dan aku tak perlukan lebih..
 lukaku masih lagi pedih..
 maaf, aku tak mampu lagi berdalih.. 
dan aku tak mahu lagi beralih.. 
biarlah takdir ini menentu..
 pengakhiran kau dan aku.. 
jawapan kepada doa yang ku pacu tanpa sekelumit jemu..

terima kasih, atas segalanya.. 
hadirmu pernah menjadi inspirasi..
 sehingga kini masih ku syukuri..
 namun kini sebaiknya kau pergi..
 biar kesepian ini mengubati..
 luka di jiwa dan di hati.. 
tak perlu mengasihani, cukup sudah mengasihi.. 
terima kasih, hanya illahi mampu membalasi..

carilah bahagiamu.. 
carilah senyuman hatimu..
 di sebalik semua helah dan tipu..
 biarpun kita tak lagi seperti dulu,
 tapi doaku kan tetap bersamamu..



No comments:

Post a Comment