Saturday, 23 July 2011

Alhamdulillah...

Assalamualaikum wbt, semua...!!
^_^

Hm.. dah lama tak post kat blog ni.. Alhamdulillah, sedar tak sedar dah sebulan aku berada di IPG Kampus Ilmu Khas ni.. Dan alhamdulillah jugak, dari sehari ke sehari, kehidupan aku bertambah baik kat sini.. Dapat lecturer yang baik-baik dan caring membuatkan aku rasa bagai berada di rumah sendiri.. Classmates pun ok.. semua pun baik-baik.. Alhamdulillah juga sebab dapat roomate yang baik.. Terima kasih, Ya allah, Kau kabulkan doa-doaku.. 
=)

Kehidupan di sini bertambah baik.. Alhamdulillah.. diharapkan aku dapat menimba sebanyak ilmu yang mungkin dan tidak menghampakan kedua orang tuaku, serta keluarga yang dah banyak berkorban.. Allah telah membukakan jalan untuk diriku di sini.. tapi sedetik yang dulu, aku kurang bersyukur dan hampir sahaja melepaskan nikmat dan peluang itu.. Betapa jahilnya aku.. Tapi, Alhamdulillah, aku sangat-sangat bersyukur kerana masih dapat berfikir dengan waras dan tidak membuat keputusan bodoh, yakni keputusan yang terburu-buru untuk meninggalkan maktab ini.. Terima kasih kepada keluarga yang begitu banyak bersabar dengan sikapku.. 
Tapi, sudah lumrah, begitulah sifat manusia.. tatkala diberi sesuatu, masih jua mengharapkan sesuatu yang lain.. Sedangkan tidak disedari oleh kita, segala apa yang diberikan oleh Allah itu sebenarnya adalah yang terbaik.. Mungkin ada juga diantara kita yang sudah sedia sedar, tetapi sebagai manusia biasa, kadangkala kita alpa,masih jua mempertikaikan kurniaan Tuhan.. Bersyukurlah kita hendaknya, diatas setiap yang diberikan oleh-Nya.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala apa yang terbaik buat hamba-Nya..





Selama berada di sini, aku rasa hati ini tenang, semakin hari semakin lapang.. Aku tak tau apa sebabnya.. Mungkin aku semakin berubah, daripada seorang yang talkactive menjadi pendiam.. haha..( tak la pendiam sangat sebenarnya) XD Tapi, aku temui ketenangan yang aku cari selama ini, di sini.. Alhamdulillah.. semakin aku rasa ingin bersyukur.. 

Biarpun masalah itu tidak pernah pergi daripada hidup ini, tapi entah kenapa, di sini aku terasa seperti lebih dewasa, lebih terbuka untuk memikirkan jawapan kepada persoalan-persoalan yang selama ni bersarang dalam fikiran aku.. Aku bukan lagi seorang yang suka melarikan diri daripada masalah.. ataupun orang yang terlalu moody seperti dulu.. ya, aku dapat rasakan tu.. tapi, aku kini menjadi seorang yang lebih rasional dan optimistik.. sejujurnya, aku juga berasa takut diatas perubahan ini.. Segalanya berjalan seperti terlalu lancar.. tetapi, biarlah, aku pasrah.. Biarlah segalanya berlaku seperti aturan-Nya.. cuma satu yang aku sering minta daripada Illahi, semoga aku lebih tabah dan cekal dalam menerima segalanya selepas ini.. Amin..



Semoga coretan kali ini membuatkan kita lebih dekat kepada-Nya.. Insya-Allah.. Sekian dahulu untuk kali ni.. Jumpa lagi dalam post seterusnya.. Take a good care, semua..

Assalamualaikum wbt..
^_^




No comments:

Post a Comment