Saturday, 23 July 2011

Selamat Hari Jadi Abah dan Abang Faiz!!!

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar, semua? Sihat tak? Kalau sihat alhamdulillah.. tak macam aku kat sini, masih lagi tak berapa sihat.. huhu.. tapi tak pe, ini semua ujian Allah.. =)
Hmm... Hari ni 23 Julai 2011.. Tarikh yang begitu significant dalam family aku.. nak tau kenapa? sebab hari ni merupakan hari jadi abah aku, En. Zulkifli dan jugak abang aku, Norfaizzi.. On the same day!! :D best kan?
tapi tahun ni, aku cuma dapat wish melalui telefon je.. tak macam tahun-tahun sebelumnya,.. yalah, tahun ni aku dah jauh daripada rumah.. (agak sedih bunyinya..) huhu.. tapi nak buat macam mana kan, lumrah lah tu.. bila saatnya tiba, kita harus pergi..

Apa pun, aku doakan di hari yang berbahagia ni, semoga Allah merahmati kedua-dua insan yang aku cintai ni.. Semoga abah akan cepat sembuh.. dan abang Faiz pulak akan memperoleh kejayaan dalam hidupnya.. Amin..




Ya Allah, Kau berkati dan rahmatilah kehidupan insan-insan yang aku cintai ini.. Limpahkanlah rahmatMu ke atas keluargaku.. Tuntunlah kami ke jalan yang Engkau redhai.. Kurniakanlah kami kejayaan di dunia dan akhirat dan jauhkanlah kami daripada seksaan api nerakaMu.. amin-amin Ya Rabbal Alamin..

No comments:

Post a Comment