Saturday, 23 July 2011

Life at IPGIK!! :)

Assalamualaikum, semua...
XD

Apa khabar? sihat tak? kalau sihat, alhamdulillah.. :) Hidup kat IPGIK ni time memang padat terutamanya bila ada program.. boleh dikatakan setiap minggu, ada je program yang diatur dan dijalankan.. Pada permulaan, telah diadakan sambutan hari guru peringkat IPG.. Lepas tu ada pulak majlis Menjunjung Aspirasi bagi menghargai jasa dan sumbangan Dato' Asariah binti Mior Shaharuddin..


"Satu Majlis Menjunjung Aspirasi telah diadakan di Dewan Dato’ Razali Ismail IPG Kampus Ilmu Khas pada hari Jumaat 15 Julai 2011 bermula jam 3.00 petang. Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan Dato’ Asariah binti Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan, kepada warga IPG Kampus Ilmu Khas (IPGIK).  "

Dipetik daripada Portal Rasmi IPGIK

Waktu majlis ni berlangsung, tak pasal-pasal aku terpaksa jadi flower girl.. Aduhaii.. time tu rasa menyesal sebab duduk kat barisan depan.. Setiap seorang diberikan sekuntum bunga mawar dan dikehendaki untuk menyerahkannya kepada Dato' Asariah di atas pentas!! Dan aku termasuk dalam kalangan pelajar-pelajar yang 'bertuah' tu.. huhu.. tapi tak apa lah, tu pun menjadi kenangan manis buat diriku.. Alhamdulillah..


Lepas tu, ada pulak program WANGI.. apa pulak ni?? ha.. WANGI ni stand for Weekend Of Gegar Iman.. Program ni berjalan darpada 15 Julai sehinggalah 17 Julai.. Pengisiannya sangat bagus, kitorang didedahkan dengan kehidupan berlandaskan syariat Islam, Kewajipan menutup aurat dan juga banyak la persoalan.persolan mengenai Islam.. Tapi, semasa program ni berlangsung, ada cabaran lain yang terpaksa kitorang tempuhi.. apa dia? haa.. kat kolej ni TIADA bekalan air.. wuu.. x pasal-pasal malam tu terpaksa angkut air dalam baldi bawak naik ke bilik.. bayangkan, aku stay kat tingkat 3! perghh.. memang pengalaman yang sangat manis dan berharga buat aku.. haha





Baru-baru ni, kitorang dapat peluang untuk pergi ke Putra World Trade Centre (PWTC) bagi menyaksikan pertandingan akhir Tilawah al-Quran peringkat Kebangsaan.. Memang sangat excited nak pergi.. Tapi, sayang seribu kali sayang, pengunjung terlalu ramai.. Tempat semua dah penuh.. Hanya sebahagian je daripada kitorang yang sempat masuk ke dalam.. Yang lainnya sekadar duduk di luar ataupun berjalan-jalan sekitar PC Fair yang diadakan.. (termasuklah aku..) huhu.. Agak terkilan, tapi nak buat macam mana lagi, kan.. Tiada rezeki..

Antara kenangan manis di PWTC:











 My roommate- Syafawani


Dan yang terbaru sekali, pada 23 Julai telah diadakan program FEWWIT iaitu Fun and Exciting Weekend with i Luv Islam.. Dalam program ni, sebuah forum bertajuk Belailah Kalbu Damaikan Jiwa telah dijalankan.. Moderator pada pagi tersebut ialah Encik Ahmad Fedtri Yahya, dan panelis yang hadir ialah Dr HM Tuah Iskandar, Tn Hj Zuhunuddin, Pensyarah Agama Islam USIM, dan Imam Muda Nuri. Forum tersebut berkisar tentang permasalahan jiwa penyelesaiannya berpandukan Islam dan juga dari sudut motivasi.. Forum ini sebenarnya diadaptasi daripada buku terbaru Dr HM Tuah Iskandar yang bertajuk Belailah Kalbu yang turut dijual pada hari tersebut..
Pada malamnya pulak, telah berlangsung program I-CON iaitu Ilmu Khas Carnival of Nasheed.. Ianya merupakan sebuah pertandingan nasyid peringkat akhir antara IPG.. Dihakimi oleh Saudar Suffian daripada kumpulan Saujana dan juga Saudara Huzaimi daripada kumpulan Nowseeheart, kumpulan Islam For All daripada IPGIK telah menjadi johan dalam pertandingan tersebut, diikuti oleh kumpulan VC daripada IPT Kampus Teknik.. Bangga rasanya.. haha

pada malam tu jugak, ada artis jemputan yang telah dijemput untuk membuat persembahan selingan.. nak tau siapa artis tu? haa.. kumpulan Raihan.. Best performance diorang.. Walaupun konsert ni berbayar (kena beli tiket- RM5) tapi tetap ramai penonton yang hadir.. Bukan setakat pelajar-pelajar IPGIK, tapi jugak IPG-IPG lain, Kolej Poly-tech Mara, dan Politeknik.. Dan ada juga ibu bapa, keluarga serta kawan-kawan pelajar-pelajar IPGIK yang turut datang.. best kan..? (^_^) 
 kumpulan RAIHAN membuat persembahan
alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar.. Tahniah kepada JPP yang merupakan pihak penganjur beserta dengan Penaja-penaja seperti HPA Industries Sdn. Bhd, DBKL, Yayasan pelajaran Cheras, I luv islam dan juga kumpulan Karangkraf..


Sekian dahulu untuk kali ni.. c u next time..
Take care, everybody!!
Assalmualaikum wbt..
salam ukhuwah buat semua..
^_^

No comments:

Post a Comment