Saturday, 23 July 2011

Water Safety Lessons.. !! I'm Lovin It.. =)

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, bertemu lagi dalam post kali ni.. hmm.. kali ni rasa best sangat, sebab aku nak share satu pengalaman berharga yang baru aku tempuhi di IPG Ilmu Khas ni.. Nak tau pengalaman apa yg dimaksudkan tu?? Jawapannya, pengalaman belajar berenang.. wahh.. seronok, kan? ^_^



sebenarnya, memang sangat seronok.. sebelum ni, aku memang teringin sangat nak belajar berenang, tapi terdorong dengan rasa malu, aku memang tak pernah tanya siapa-siapa untuk ajar aku.. Tapi, alhamdulillah, di IPGIK ni, aku berpeluang untuk belajar daripada basic lagi.. Semua tu termasuk la water safety ataupun langkah-langkah keselamatan ketika berada di air ataupun menjalankan sebarang aktiviti yang melibatkan air..

siap ada air pancut sekali tuuu.. hehe

Lecturer kitorang, Encik Norizan ataupun Encik Yeop serta Encik Mutallib banyak menerangkan aspek-aspek keselamatan dan jugak cara-cara berenang yang betul.. Ini amat penting.. sangat-sangat penting sebenarnya..



Untuk permulaan, kitorang diajar tentang pemakaian life jacket ataupun jaket keselamatan dengan cara yang betul.. Mesti dipakai dengan ketat supaya tahap keselamatannya terjamin.. Kitorang jugak dimaklumkan bahawa life jacket ni boleh bertahan sehingga 7 jam.. maksudnya, selepas 7 jam, seseorang itu akan mula tenggelam perlahan-lahan.. diulangi.. perlahan-lahan.. (agak menakutkan bunyinya) huu.. 
Lepas tu, kitorang pun diarahkan untuk memasuki kolam renang.. Teknik pertama yang diajar ialah cara untuk mengapungkan diri.. Dengan bantuan Life Jacket, semuanya agak mudah,.. tapi, yang paling penting, kene rileks, bertenang, baru boleh terapung.. kalau nervous, automatik kaki kita akan tenggelam.. (badan tak la tenggelam sebab pakai jaket tu..) hehe..




Terapung secara berkumpulan..

Selepas pandai 'terapung', kitorang diajar pulak teknik kuak lentang.. haa.. time ni memang syok.. Macam-macam ragam dapat dilihat.. ada yang berenang straigt ikut line.. ada jugak yang menyerong habis, sampai accident dengan org lain.. haha (aku pun lebih kurang jugak sebenarnya) =P tapi kira ok jugak la, aku cepat belajar.. (puji diri sendiri nampak??? cewahh) haha.. Time ni jugak la aku baru dapat tahu, kalau tersilap kuak ataupun navigate,kita xkan bergerak lurus tau.. contohnya, kalau asyik kuak guna tangan kanan, kita akan berenang membentuk bulatan.. haa.. hati-hati.. kalau tak nanti asyik berenang kat tempat yang sama je.. (-_^)


Me and my buddy -ekin

Dalam sesi ni jugak, kitorang diperkenalkan dengan "buddy system" huh! apa pulak tu?? Buddy system ni sebenarnya adalah sistem berpasangan, maksudnya, ketika menjalankan aktiviti, kita kena ada seorang kawan yang boleh dipercayai.. yang akan jadi partner kita dalam apa jua situasi.. someone that u can rely on.. At the same time, aktiviti macam ni mengajar aku erti persahabatan dan kepercayaan.. Bagus kan.. :D

Selain tu, kitorang juga diajar teknik untuk mengawal pernafasan di dalam air.. time ni, ramai yang tersedut dan tak kurang jugak yang terminum air kolam tu.. euuuu.. hehehe.. tapi normal lah tu.. terima je lah.. hehe
Dua orang ni classmates aku, Azlina dan jugaj Kausilya.. Jom mintak diorang buat demo teknik bernafas di dalam air.. :)



Last but not least, kitorang jugak dapat belajar tips untuk menyelamatkan rakan atau seseorang yang sedang lemas.. antaranya:

1. kalau kita sendiri tak pandai berenang, jangan tolong orang tu dengan cara berenang jugak.. atau kita sekali akan ikut lemas.. cuba cari pertolongan lain, jerit mintak tolong ataupun laporkan pada pihak berwajib.

2. Jangan tolong daripada arah depan.. Kenapa? Sebab bila seseorang tu sedang lemas, dia akan cuba berpaut kepada sesuatu supaya dia dapat timbul di permukaan.. nanti tak pasal-pasal orang tu berpaut pada kita, kita pulak yang tenggelam tak dapat bernafas.. Cara yang betul, approach orang tu daripada arah belakang.. Paut leher ataupun kolar bajunya dan tarik dia ke permukaan.

3. hulurkan sesuatu kepadanya.. Sebagai contoh, bagi kayu ataupun kain sebagai tempat untuk seseorang tu pegang.. ini memudahkan kita untuk menarik individu itu dan menyelamatkannya..

Encik Yeop menerangkan cara-cara menyelamatkan orang yang lemas

Banyak sungguh input berguna yang aku dapat dalam kelas Recreational and Sport kali ni.. Tak sabar rasanya untuk pergi camping di Ulu Yam minggu depan.. Hope sangat semuanya akan jadi lebih menarik dan menyeronokkan.. Apa pun, kelas swimming and water safety ni memang best sangat-sangat.. Semoga lepas ni aku akan pandai berenang.. hehe.. Insya-Allah..




Sekian dulu untuk kali ni.. Take a good care, semua!! 
Assalamulaikum wbt..
(^_^)

No comments:

Post a Comment