Sunday, 29 January 2012

.. nOtA CiNtA..






Ceritera hati seorang lelaki..

"Mengapa hati selalu merindu, saat ku putarkan lagu, wajahmu selalu terbayang, menerobos tangkai hatiku sehingga ku tak mampu lagi untuk berlagak tenang..

Wahai gadis, tidakkah engkau tahu, aku menyintaimu seadanya kamu.. bukan kerana aku mahukan sesuatu, tapi kerana aku ingin memberikan segalanya untukmu.. melindungimu.. menyayangimu.. jujur dan seikhlas hatiku..

Aku cuba untuk mengerti segala keputusan yang kau jalani.. aku cuba untuk fahami segala sebab yang memungkinkan semuanya terjadi.. dan aku cuba mendalami, segala kekhilafan dalam perhubungan ini.. segala yang aku hajati.. aku tau, tak mungkin semuanya dapat ku miliki.. aku rela tidak memiliki yang lain,.. tapi tidak dirimu..  kerana kaulah hidupku.. cahaya yang menyinari hatiku, dan udara bagi setiap nafasku.. tolonglah… fahami aku..

Wahai gadis, tidakkah dapat kau melihat, betapa besarnya kasih sayang ku ini.. hebatnya cintaku terhadapmu..? aku ingin kau tahu, aku benar-benar maksudkan, setiap bicara.. setiap pertuturan.. bukan semata kiasan, tapi ianya gambaran hatiku yang keresahan.. tidakkah dapat kau saksikan, derita hatiku ini, disaat kau pergi.. disaat kau menjauhi.. tolong, jangan kau ulangi..  kerana aku tak mampu lagi untuk menahan rasa ini.. tolonglah saksikan, dan fahami..

Aku tak kisah lagi dengan air mata yang gugur ini.. kerana hati lelaki ku sememangnya menangis.. dan maafkan aku, aku tak mampu berlagak seolah-olah aku tabah.. sedangkan hakikatnya aku memang sedang rebah.. tangkai hatiku semakin rapuh, namun ku lihat kau tetap berdiri teguh.. tolonglah.. berhentilah daripada menyakiti hatimu sendiri.. andai kau ingin menangis, janganlah kau bersembunyi.. luahkanlah.. datanglah padaku.. kerana aku tahu, kau sebenarnya mahu..

Kau mungkin hebat bermain kata.. tetapi, tidakkah kau tahu, matamu turut berbicara.. menjelaskan semuanya.. menyatakan kebenaran yang sememangnya kau sembunyikan.. teruskanlah permainan mu ini.. teruskanlah berkorban dan mengorbankan hatimu sendiri.. tetapi, saksikanlah.. cintaku tak akan berubah.. saksikanlah, kasihku tak mungkin punah.. saksikanlah.. kerana aku tak mungkin berpatah arah.. Aku tak akan mengalah.."

                                                                                             17 Januari 2010



Assalamualaikum.. 

hai semua.. ape khabar hari ni? :D hopefully sihat walafiat la ye.. hm, ape perasaan korang bila baca note kat atas ni? aku xtau la ape perasaan korang.. tapi, bila aku baca nota ni.. aku menangis.. menangis.. dan menangis.. sampai xtau nak cakap ape dah.. huhu.. (nape pulak aku menangis je ni?) haa.. jawapannya sebab aku membayangkan diri aku berada di tempat perempuan tu bila baca nota ni.. hehe

nampak x tarikh note tu? haa, tu sama tarikh dengan hari ni (time aku update blog ni) cuma tahun je berbeza.. nota ni ditulis 2 tahun yang lepas.. mesti korang nak tau kan, nape lelaki ni tulis nota ni? hm, actually it's quite sad to tell u all.. tapi xpela, sebab muka korang tu nampak nak tau sangat kan.. kesian pulak.. aku cite la.. :P

actually, ada seorang lelaki dan seorang perempuan.. nama lelaki tu Zahril, dan perempuan tu pulak Irzan.. (bukan nama sebenar, ok) hm, Zahril ni keluarga dia agak berada lah jugak.. Irzan ni pulak orang biasa je, daripada keluarga yang sederhana.. Diorang ni berkenalan selepas beberapa kali terserempak di rumah sepupu Irzan.. Sebab orang tua Zahril ni kawan baik dengan ayah sepupu Irzan ni.. Sepupu dia ni namanya Azlan.. (bukan nama sebenar jugak k) so, nak dipendekkan cerita, satu hari ketika kenduri kahwin di rumah Azlan, Zahril memberanikan diri utk menegur Irzan.. Sejak tu, dorang pun berkawan baik.. 

kecantikan dan kesopanan Irzan membuatkan Zahril senang.. lama-kelamaan perasaan sahabat itu bertukar kepada perasaan asing yang semakin indah.. Bila Irzan bergaul dengan lelaki lain secara rapat, Zahril akan automatik rasa cemburu.. Bila Irzan x contact atau x reply sms, Zahril akan jadi rindu.. sampai la satu hari terjadi satu konflik.. kawan baik Zahril, nama dia Diana pergi 'serang' Irzan sebab kawan rapat sangat dengan Zahril.. Irzan time tu sedih sangat.. dia cuba jauhkan diri daripada Zahril sebab dia rasa dia bersalah.. walaupun hati rasa berat, tapi digagahkan jugak.. sebab Diana tu pun adalah kawan dia jugak..

Tapi, keputusan Irzan ni buat Zahril x puas hati.. dia memang bengang la.. dia contact Irzan tapi langsung xde respons.. Zahril mula rasa sedih, risau akan kehilangan Irzan.. Waktu tu la, Zahril sedar yang dia sebenarnya bukan lagi anggap Irzan sbg kawan karibnya.. tapi perasaan tu dah bertukar.. rasa sayang itu sebenarnya adalah rasa sayang daripada seorang lelaki utk seorang perempuan.. TApi, Irzan xtau.. So, Zahril nekad.. dia pergi ke rumah Irzan yang memang jauh daripada rumahnya.. dia taknak kehilangan Irzan.. So,dia bertekad nak terus terang..

Sampai di rumah Irzan, Irzan xde kat rumah.. Zahril terpaksa menebalkan muka bertanya dengan parents Irzan, mana anak gadis mereka pergi.. Parents Irzan pulak memang banyak tanya.. Zahril ni sape la.. ape hubungan dengan Irzan la.. yela, parents kan risaukan anak.. soal siasat punya soal siasat, sekali Irzan balik.. Rupanya tak jauh daripada rumah Irzan, ada pantai.. Irzan selalu pergi pantai tu bila dia ada masalah.. 

Bila je Irzan balik, memang dia terkejut beruk la tetiba je Zahril ada kat umah dia kan.. Diorang pun gi pantai tu, jalan-jalan sambil bersembang.. bersembang kat sini da tentu la fokus kepada benda2 serius kan.. Zahril akhirnye berterus terang tentang perasaan dia kat Irzan.. Irzan sebenarnya sangat terharu, dan rasa nak menangis,.. rupanya Irzan pun ada perasaan yang sama kat Zahril ni.. TApi, Irzan tetap berlagak tenang,.. langsung x buat reaksi terkejut ape lagi excited.. malah, at that time, Irzan bukan nye nak menggembirakan Zahril dengan jawapan yang manis.. sebaliknya, dengan kejam dia pun cakap.. "sorry, i treated u too well.. we're too close.. so, it's better for us to keep our distance from now on" Zahril langsung tak menjangka jawapan tu yang akan keluar daripada mulut Irzan.. ye.. mungkin Zahril terlalu mengharap.. tapi, dia sangat tertanya-tanya, ape sebab Irzan menolak dia..

Irzan terus je jawab "hati saya dah dimiliki.. awak terlambat.. dan hati saya tak mungkin berpaling daripada dia.. tak kan sekali-kali.. so, jangan buang masa dengan saya lagi.. u better choose Diana.. She's a perfect girl for u.." alangkah sedihnya Zahril.. Memang dia sangat kecewa.. dia balik ke rumah dengan hati yang remuk redam.. 

Sebak di hati tak siapa yang tau.. tapi Irzan tetap berlagak selamba.. sampai di rumah, dia pulak yang dipanggil utk disoal siasat.. menggantikan tempat Zahril.. tapi, dengan tenang, Irzan jawab semua soalan.. Menjelaskan yang dia dan Zahril hanyalah kawan biasa.. tapi, sebaik sahaja masuk ke kamar, air matanya tak dapat ditahan lagi.. pecah terus empangan yang membendeung.. Hanya kepada Allah Irzan mengadu.. minta dikuatkan hatinya, dipelihara cintanya.. agar tak melebihi cintanya terhadap Illahi..

Bukan dia tidak mahu menerima Zahril.. tpi sebenarnya dia terpaksa menolak.. dia perlu menolak, sekiranya dia sayangkan Zahril.. Zahril bakal ditunangkan dengan Diana.. Ibu Zahril sendiri yang memberitahu Irzan.. keluarga mereka telah sepakat, dan majlis akan diadakan dalam masa terdekat.. tpi, Zahril memang belum tahu.. dan kerana itu, dia tak boleh menerima Zahril.. Dia tak mahu Zahril melawan ibu bapanya.. menolak permintaan ibu bapanya.. itu derhaka namanya.. lagi pula, Diana tu baik orangnya.. Sopan, cantik, ilmu agama penuh di dada.. jika dibandingkan dengan dirinya, sudah tentulah bagai langit dengan bumi.. dia bukanlah cantik sangat, perangai pun kadang-kadang brutal semacam.. Dia tak mahu Zahril jadi anak yang derhaka, jadi lebih baik dia melukai hati lelaki itu.. demi menjaga nama baik keluarga itu.. dan juga menjaga rasa hormat Zahril terhadap orang tuanya.. Irzan rasakan itu adalah keputusan yang terbaik.. benar, dia cintakan Zahril.. dan atas dasar cinta itu lah dia ingin menjaga Zahril..

sebaik sahaja Zahril mendapat berita pertunangan itu, Zahril sedar jawapan Irzan dahulu adalah dusta.. Irzan menipunya supaya dia bertunang dengan Dania.. Dia tahu persis perangai gadis itu.. selalu mendahulukan orang lain daripada dirinya sendiri.. mesti ibunya telah memberitahu segalanya kepada Irzan sejak awal2 lagi.. kerana mereka berdua memang rapat..

Zahril pun pergi mencari Irzan, ingin mendapatkan penjelasan.. tapi kali ini, hatinya semakin perit, dia lihat Irzan berjalan berduaan dengan seorang lelaki muda yang tidak dikenalinya.. Irzan sendiri meperkenalkan lelaki itu kepada Zahril.. "ni Fahmi.. dia dah miliki hati saya" Zahril terkedu..

malam itu, minda Zahril berputar hebat.. memikirkan segalanya yang berlaku.. Dia kecewa dengan Irzan.. tapi apabila melihat Irzan kelihatan bahagia, hati lelakinya sedikit lega... melihat Irzan tersenyum, hatinya rasa gembira.. namun sakit itu tetap ada, kerana bukan dia lelaki yang  membuatkan Irzan ketawa.. 


Zahril berfikir dan terus berfikir.. dalam masa 3 hari sahaja lagi, dia akan ditunangkan dengan Diana, rakan sepermainan yang telah lama dikenalinya.. Memang mereka cukup rapat, tapi x pernah sekali pun dia terfikir untuk menyayangi Diana lebih daripada seorang sahabat.. Sebab tu, bila ibunya memberitahu tentang pertunangannya itu, dia rasa bengang semacam.. bukan setakat hatinya, tapi mindanya sendiri pun x dapat berfikir utk menerima Diana.. sebab dia dah pasti.. amat yakin dan pasti bahawa cinta dan hatinya hanya milik Irzan.. tapi sekarang, ternyata Irzan sudah dimiliki.. hati lelakinya terguris pedih.. merintih.. x siapa yang tau..


Pada masa yang sama, Irzan amat berharap Zahril akan bertunang dengan Diana dan melupakan dirinya.. Dia ingin Zahril menjadi anak yang taat kepada ibu dan bapa.. Walaupun hatinya sendiri turut sakit dan merana, tapi digagahkan jua supaya perasaannya dapat disembunyikan dengan baik..


Namun, harapan Irzan itu tak mudah utk jadi kenyataan.. Zahril membuat keputusan untuk membatalkan pertunangan tu.. Dia tau tindakan ini adalah yang terbaik.. dia x ingin kehilangan Irzan, dan dia x ingin menipu Diana.. Berpura-pura tersenyum dan bahagia, padahal dalam hati sarat menaggung duka dan derita..


untuk ke sekian kalinya, dia pergi bertemu dengan Irzan.. Zahril mengharapkan layanan Irzan akan berubah.. Menjadi mesra dan ceria.. tapi jauh sekali tanggapan itu daripada realiti.. hakikatnya, Irzan tetap membeku dan terus-terusan menghiris hati dan perasaannya.. Irzan sengaja menceritakan kelebihan Fahmi dan menguar-uarkan betapa besar rasa cintanya pada lelaki itu.. Zahril semakin kecewa.. Akhirnya, dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya yang memaksa.. Dia akan bertunang dengan Diana.. 


sehari sebelum tibanya majlis pertunangan itu, Fahmi pergi berjumpa dengan Zahril.. Fahmi yang berwajah tampan itu menerangkan keadaan sebenar dengan penuh tenang.. Sebenarnya, dia bukanlah teman istimewa irzan.. Sebaliknya, dia adalah pakcik Irzan, adik bongsu ibu Irzan.. Fahmi baru sahaja pulang daripada Ireland setelah menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.. Zahril begitu terkejut.. sangat terkejut! sangkaannya sangat tepat.. Irzan sedang berbohong.. dan mungkin hakikat sebenarnya adalah irzan mencintainya.. Dia yakin sekali.. 


Kali ini dia bertemu Irzan dengan debaran yang menggunung di dada.. Dia perlu mendapatkan penjelasan daripada Irzan.. tak kira apa jua yang dituturkan irzan dia akan mendengarnya.. tapi kali ini dia tidak bodoh.. andai pembohongan yang dituturkan oleh Irzan, dia tak akan terus-terusan membiarkan..


"Irzan, saya tahu awak sukakan saya. Awak ada perasaan yang sama seperti saya.. Awak sayangkan saya.. saya tahu tuu.. "
Irzan tersentak. "berhentilah berpura-pura, Nor Irzan Izzati.. saya dah pun tahu kebenarannya. Fahmi bukan lah teman lelaki awak. Tapi dia adalah pakcik awak, betul x?"
Irzan kaget. Dari mana Zahril dapat tahu semua itu?..


merasakan pembohongannya telah terbongkar irzan hampir-hampir sahaja menangis.. tapi dikuatkan juga hatinya.. Dia harus berpegang pada janji.. "Zahril tak boleh tau cerita sebenar",fikirnya.


"memang, dia pakcik saya.. tapi tu tak ada kena mengena dengan awak, kan?" Irzan cuba bertahan dengan ego wanitanya.. "huh, tak ada kena mengena? apa ni, Irzan? awak tau perasaan saya pada awak, kan? sampai hati awak bohong saya. Sekarang, saya nak penjelasan, kenapa awak tipu saya? Jawab! " Zahril mulai mendesak


"sebab awak asyik mengekori saya lepas tu bagitau perasaan awak pada saya. Kita kawan dah lama, so susah untuk saya nak tolak awak. Sebab tu saya buat macam tu!" Irzan mulai meninggi.


"kenapa awak nak tolak? apa yang tak cukup baik kat saya? cakap, Zan.. saya boleh berubah.. please.. saya taknak kehilangan awak" Zahril separuh merayu.


"awak tanya kenapa saya tak boleh terima awak? jawapannya senang je, Zahril. Satu-satunya sebab ialah, saya tak cintakan awak! takkan tu pun awak tak faham lagi?! awak tu aje yang perasan.. terhegeh-hegeh nak dekat saya.. saya cuma anggap awak kawan jela.. mustahil saya dapat terima awak lebih dari tu.. dah la, Zahril.. stop it! kalau awak terus-terusan macam ni, saya rasa, kawan pun kita tak payah la.. " terasa sakit hatinya saat menuturkan bait-bait penipuan itu.. Hanya Allah saja yang tau perasaannya saat itu.


Buntang mata Zahril mendengarnya.. Sungguh, dia terkejut! tak disangkanya kata-kata itu yang meluncur keluar dari mulut Irzan.. Hatinya hancur.. "sya minta maaf kalau saya buat awak tak selesa. Ok, memang saya yang terhegeh-hegeh kat awak. saya minta maaf pasal tu jugak.. jangan lupa datang majlis pertunangan saya nanti.. ajak la mak dan ayah awak sekali.. saya balik dulu" Zahril berlalu.


Hari pertunangan yang dirancang pun tiba. Zahril tekad menunaikan impian mama nya.. dia cuba menerima Diana.. Sebenarnya, dia tau Irzan menipu tentang perasaannya.. Fahmi telah pun memeberitahu semuanya.. Dia faham mengapa Irzan berkorban. Dan dia tak mahu menjadi beban.. Biarlah dia pun berkorban demi Irzan,.. namun hatinya hanya dia yang tahu.. hatinya tak mungkin berubah..


Di satu sudut, dapat dia melihat Irzan kelihatan anggun mengenakan kebaya labuh berwarna ungu lembut, sesuai dengan tema pertunangannya, lavender.. hati lelakinya hampir menangis melihat senyuman yang tidak lekang dari bibir Irzan.. Senyuman palsu disebalik airmata yang disembunyikan.


Majlis yang dirancang berjalan lancar. Irzan adalah salah seorang daripada kenalan yang tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dengan senyuman manis yang terukir. hari itu menjadi sejarah, menjadi saksi kehipokritan gadis itu.


Dua bulan berlalu.. Zahril terus-terusan memendam perasaan.. walaupun dia adalah tunangan Diana, namun hatinya masih kukuh milik Irzan. Satu hari, Zahril demam panas dan dimasukkan ke hospital.. dia hanya menyebut-nyebut nama Irzan dan memaksa gadis itu untuk datang.


"Zan, Zahril nak bagitau hati ni yang sejujurnya.. saya tak cintakan Diana.. saya masih sayangkan Zan.. dengarlah lagu ni, saya ikhlas bagi untuk zan"







Irzan keluar daripada wad itu dan mendengar lagu indah yang diberikan oleh Zahril. hatinya sebak bukan kepalang.. jiwanya merintih, namun dikuatkan juga hatinya.. tiba-tiba sepupu Zahril, Azri memanggil "Zan, cepat!! Aril kritikal!"


Bagai hendak meletup jantung Irzan tatkala itu.. Dia meluru masuk untuk melihat keadaan Zahril.. "Zan.. ma..aafkan saya" Zahril bersuara tersekat-sekat.. 


"zahril, bertahan..! bertahan!" dengan linangan air mata yang tak dapat dibendung lagi, Irzan meraung bagai orang hilang akal di situ.. Mata Zahril semakin kabur. "Allah.." hanya itu kalimah terakhir yang mampu diucapkannya.. sebelum mata tertutup rapat, dan nafas tak lagi menemani..
"Innalillahi wainna ilairraji'un" ucapan itu mengiringi pemergian Zahril.


Seminggu selepas itu, Irzan pergi ke taman.. tempat yang menyimpan seribu satu kenangan manis buat dirinya bersama arwah Zahril. Hari itu, Azri ingin menemuinya.. semakin dia berada di taman itu, semakin pilu hatinya..


"assalamualaikum, Zan" Azri memberi salam.
"waalaikumussalam" Irzan menjawabnya.


"zan, sebenarnya aku datang nak bagi kau sesuatu.." Azri menghulurkan sampul berwarna coklat kepada irzan. "apa ni, azri?' soal Irzan. 
"Bukalah, Zan. Nanti kau akan tahu. Ni nota yang arwah tulis dan terselit dalam diari arwah." Azri menghulurkan sebuah buku tebal berwarna hitam.


irzan membaca nota tersebut. empangan air matanya pecah tanpa amaran. dadanya sebak membaca bait-bait ayat yang tertulis. Azri meninggalkan gadis itu sendirian. Diari itu dibuka, jelas sekali tulisan arwah yang cukup dikenalinya..


"mungkin aku bukan yang terbaik untuknya, maka YA Allah, aku bermohon kepadaMu, biarlah insan terbaik yang Kau takdirkan buatnya adalah jauh lebih baik daripada diriku.."






hm.. aku xtau la ape korg rasa bila baca citer ni.. mungkin korang xrsa ape2 kot.. aku je yg terlebih feeling.. hehe.. ape pun kan, satu je pesanan aku kat korang, hargai orang yang korang sayang, sebelum korang kehilangannya..
memang kadang-kadang kita x sedar yang kita sayang kat seseorang tu.. sampai la satu hari nanti kita terasa kehilangannya..


ok la, have a happy day! layan lagu ni kejap








Until You Return lyrics
Urin anirago dareulggeorago nan saenggak haesseo
Ibyeoreul algodo yeongwonhan sarangeul gidae haessuh

Machi ibyeori nal
Gidarin deushi
Jjayeojin soseolcheoreom
Ibyeoreun junbieobtneun
Sonagicheoreom nareul ulligo ga

Neo olddaegaji gidarilge
Neo olddaeggaji jamshiman ulge
Biga omyeon nunmurinji bitmurinji amudo moreulgeoya

Neo eonjeggaji gidarimyeon dwae
Na eonjeggaji apahamyeon dwae
Jugeulmankeum apeugo deo apado neol gidarilgeoya
Neo olddaeggaji

Ggeuchi anirago
Anilgeorago
Nan saenggak haesseo

Ibyeoreun junbieobtneun
Sonagicheoreom nareul ulligo ga

Neo olddaeggaji gidarilge
Neo olddaeggaji jamshiman ulge
Biga omyeon
Nunmurinji bitmurinji amudo moreulgeoya

Neo eonjeggaji gidarimyeon dwae
Na eonjeggaji apahamyeon dwae
Jugeulmankeum apeugo deo apado neol gidarilgeoya

Modeungeon keudaero inde sarangdo keudaero inde dodaeche saranghaneun neoneun eobtneunde

[* Rap]
Naman saranghandago naege malhaettjanha
Urineun yeongwonhaja yaksok haesseottjanha
Jugeodo naman saranghanda yaksok haettjanha
Don't goodbye Say goodbye Don't goodbye

Naeui sarangeun neo hanamyeon dwae
Naeui nunmureun neo hanamyeon dwae
Illyeoni gago shibnyeoni gado naneun neol gidarilgeoya

Neo eonjeggaji gidarimyeon dwae
Na eonjeggaji apahamyeon dwae
Jugeulmankeum apeugo deo apado neol gidarilgeoya

Neo olddaeggaji

k, tata! :)










                                                                                                                                                               
                                                                                                                                                          

1 comment: