Wednesday 28 November 2012

TEST !



 

Assalamualaikum wbt.. 

Alhamdulillah, hari ni sudah semakin sihat selepas hampir seminggu diserang selesema, batuk dan sakit tekak.. badan pun sikit-sikit rasa macam nak demam.. but still, Alhamdulillah.. sebab sakit itu ujian tanda Allah masih ingat dekat kita.. and yes, Alhamdulillah kerana diri ini masih diingati.. sesungguhnya Allah itu tidak pernah melupakan hamba-hambaNya.. cuma kita yang kerdil dan lemah ini yang sebaliknya selalu melupakanNya.. :)

Hmm.. cuti ni agak suram walaupun hakikatnya sangat seronok bersenang-lenang di rumah.. yelah, tak perlu pergi kuliah.. boleh duduk rumah dengan family, lepas tu rehat-rehat.. amboii bunyinya indah sungguh kan..? ohh tak lah begitu santai sebenarnya.. aku kena ajar adik aku buat revision.. private tutoring la lebih kurang.. hoho.. padahal sebenarnya kakak dia ni pun dah ingat-ingat lupa je dengan subjek seperti kimia, biologi dan fizik tu.. hoho.. lebih-lebih lagi bila dah tukar dalam bahasa Melayu ni kan.. kekok pulak rasanya bila tengok term-term tu semua.. ohooiii tu diaaa berlagak naaa.. nak bahasa omputih jugak.. huhu

mana tak nya kan, kita dulu belajar Chenistry, Biology, Physics, Additional Mathematics.. tiba-tiba sekarang dah tukar Kimia, Biologi, Fizik.. Matematik tambahan.. eh eh.. apakah itu? hehehe.. over lah pulak kau ye, su.. padahal tak kira la bahasa ape pun, syllabus tetap sama je.. but actually, i do feel that language plays a huge role in this case.. why? yela, kalau asyik tukar bahasa je kan confuse? yang jadi cikgu tu pun pening nak ajar sebab keliru dengan terms tu semua.. huhu.. ya aku semakin paham macam mana perasaaan cikgu-cikgu sekarang ni.. hehe

Actually, entri hari ni bukanlah untuk menggebang-gebang yang aku ni jadi private tutor or bukak private tuition untuk adik aku ke ape.. the truth is i wanna talk a.k.a type in about TEST. huh, test? exam dah abis laa. ape nak test-test lagi ni.. = ='

 

hoho.. mintak maaf ye, TEST diatas bukanlah exam ataupun mana-mana ujian penilaian yang ada di dalam fikiran anda tu.. dudsshhh.. buang tu semua.. haa.. the test that i adressed before is the test from our creator. Allah.. not any kind of world tests.. 

sebenarnya, tak kira apa bangsa, warna kulit atau agama, kita, SEMUA MANUSIA diuji oleh Allah SWT. ya, walaupun non-muslims don't belive in Allah, but they still being test by Him.. Why? tak boleh ke? Sama seperti Allah memberi rezeki, ruang dan peluang kepada kita, mereka juga sama merasa..kann?? Actually, I'm not very good in religious stuff.. agak jarang untuk aku mentarbiyah orang secara terang-terangan begini.. but still, as a muslim, each and everyone of us has special role in spreading the dakwah.. tapi kita tak sedar.. tak gitu? so why don't untuk kali ini, kita sama-sama memulakan langkah? 

kita selalu letakkan hal-hal agama di bahu orang-orang bertudung labuh yang kita anggap sebagai ustazah untuk setelkan semua benda. Sebagai contoh, bila kawan kita tak bertudung.. or berbaju ketat.. kita nak tegur pun sikit punya payah.. at last, sebab takut nak lukakan hati kawan kita tu, kita pun pergi lah jumpa seseorang yang kita percayai dengan penampilan muslimahnya untuk menegur kawan kita tu.. why don't kita sendiri yang tegur baik-baik?
 tak boleh ke? tak yakin kah kita pada diri sendiri? tak yakin kah kita pada kawan baik kita tu, yang dia akan terima nasihat kita? of course, mestilah ada ragu-ragu kan?

Oh.. pandai.. ragu-ragu.. takut kalau kawan kita tu tak terima nasihat kita.. takut kalau persahabatan yang dibina punah sekelip mata.. amboii.. pandai.. nak jaga hati kawan.. pandai.. tapi kita tak fikir, bila kita mintak tolong dengan sahabat muslimah yang berimej islamiah tadi tu.. kita mintak dia tolong tegurkan.. kita tak fikir, apa impak dan kesan yang akan diterima oleh dia bila dia tegur kawan kita.. mungkin kawan kita tu boleh terima nasihat dia... yela, dengan cara yang berhemah, kan.. insya-Allah.. Alhamdulillah kalau betul boleh terima. tapi cuba fikir, kalau kawan kita tu tak boleh terima? apa jadi kat saudari muslimah ni tadi?
entah-entah kena marah.. kena kutuk balik.. pernah kita fikir?? pernah kita pertimbangkan apa perasaan dia kemudiannya? tapi saudari muslimah ni tadi tak ada pulak takut atau paranoid macam kita.. ya, dia sendiri cukup arif dengan kesan dan reaksi yang bakal diterima nanti.. tapi kan, dia still jugak tegur.. but why kita tak macam tu? apa, ingat tugas tegur menegur ni hanya untuk orang bertudung labuh je ke?
hey, wake up dear! we all have the same responsibilities as hers.

haii.. kenapa macam emo je aku ni? yup, memang agak emo di situ.. sebab perkara seperti ini berlaku di hadapan mata aku sendiri.. apabila seorang sahabat yang aku kenali mula berubah ke arah agama.. menutup aurat dengan sempurna dan berimej wanita solehah.. tapi, disebabkan memenuhi permintaan seorang sahabat juga, dia telah menegur seorang anak gadis yang pada awalnya agak rapat dengan dia.. tapi, dek kerana tegurannya (yang pada aku masih lagi elok dan sedap didengar,) dia telah dicemuh.. dikutuk.. hanya kerana dulu dia pun pernah berpakaian serupa.. dan kawan yang mintak tolong tadi tu, sekadar diam seribu bahasa. sedikit pun dia tak berani mengaku yang dia yang sebenarnya mencetuskan semua itu berlaku.. natijahnya, kesian kat gadis berpenampilan muslimah tadi tu.. terpaksa menahan hati mendengar segala kutuk dan maki.. cubalah kalau kawan tadi tu ada keberanian nak menegur sendiri.. sekurang-kurangnya bertanggungjawablah walaupun sedikit.. mengaku lah yang anda lah yang minta tolong daripada sahabat yang baik hati yang menolong itu tadi.. ohh maaiii.. begitu susah rupanya untuk menegur orang ya.. baru sekarang kau sedar kan.. ape pun, tahniah, akhirnya kau tahu jugak kan.. huhu.. apa pun, doakan lah semoga gadis muslimah bertudung labuh itu kuat, dan kawan yang pada asalnya ingin menegur itu tadi melakukan sesuatu.. dan paling penting, doakanlah sahabat kita yang masih berkeras hati itu untuk mengakhiri segala kutukan dan caciannya serta berubah kepada menutup auratnya.. amin..

hakikatnya, walaupun yang sedang dilalui itu sangat memeritkan, itulah yang dikenali sebagai ujian Allah.. apa yang sedang dilalui oleh sahabat bertudung labuh itu sebenarnya adalah petanda Allah sayangkan dia. Allah menguji hambaNya supaya mereka lebih dekat kepadaNya.. to you, be strong, dear.. Everything will be okay.. just pray and have faith.. :)

As i said before, everyone will be tested.. but in different ways of course.. mungkin ada yang diuji seperti sahabat kita tadi.. tapi sebenarnya, ujian itu bukan ntuk dia seorang.. tapi untuk ketiga-tiga pihak.. terutamanya untuk kawan yang pada asalnya meminta tolong tadi.. ini ujian untuk dia berterus-terang dan menegaskan pendiriannya.. bukan untuk selama-lamanya menjadi seseorang yang baling batu sembunyi tangan.. fikir-fikirkan.. dan selamat beramal.. :)

Seperti orang lain, aku juga masih diuji.. selepas kehilangan seseorang yang amat aku sayangi.. Aku tahu, ini adalah ujian paling berat dalam hidup aku.. antara menerima hakikat dan membenci seseorang yang menjadi puncanya.. mana satu pilihan aku? redha itu sememangnya perlu.. aku tahu semua ini ujian Allah untukku.. semua yang terbentang di hadapan mataku sekarang adalah pilihan.. di mana aku perlu melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.. ataupun melepaskan sesuatu,untuk menyelamatkan sesuatu.. mungkin orang lain melihat aku seperti seorang gadis yang kuat, tabah.. tapi hakikatnya, aku lemah.. sangat lemah.. hanya Allah yang tahu.. tapi keadaan memaksa kita kembali berdiri apabila jatuh. kembali berlari setelah tersembam ke tanah.. itulah yang berlaku padaku.. aku tahu, Allah tidak akan menguji hambaNya lebih daripada kemampuan hambaNya itu.. Aku yakin, pertolongan Allah akan tiba.. insya-Allah.. semoga Allah merahmati roh abah disana dan menempatkannya dikalangan orang yang beriman... Amin..

sesungguhnya terdapat lebih ramai orang lain yang diuji lebih dahsyat daripada kita.. tidak percaya? lihat saja saudara kita di Gaza. hidup bagaikan telur dihujung tanduk.. apalah sangat ujian kita jika dibandingkan dengan mereka?.. bersyukurlah, sekurang-kurangnya kita masih ada bumi yang aman dan keluarga yang menjadi kekuatan kita disisi.. sedangkan mereka? ramai yang menjadi piatu, hidup sebatang kara.. masya-allah, jauh lebih susah daripada kita.. apa pun yang terjadi, berdoalah.. sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin.. dan berdoalah untuk saudara seagama kita di Gaza.. hanya itu yang mampu kita lakukan.. semoga Allah mendengar doa-doa kita dan rintihan mereka.. semoga Allah membebaskan bumi Gaza.


 jadi, kepada anda yang pada detik ini sedang diuji.. jangan bersedih hati.. jangan putus harapan.. ini semua ujian Allah.. bersyukurlah.. Allah masih ingat pada kita.. ukirlah senyumanmu disaat diuji.. pasrahkan hatimu disaat keyakinan mula rapuh.. have faith.. insya-Allah, Allah akan membantu.. 

Salam sayang dan senyum selalu.. :)
Assalamualaikum..

 

No comments:

Post a Comment