Tuesday 29 January 2013

Soalan ???


Assalamualaikum.. :)

hmmm.. macam biasa, setiap kali aku nak buat entri baru kat blog buruk ni, baru time tu aku sedar, "ohh.. dah lama rupanya tak update, naik bersawang dah haaa".. macam hari ni, perasaan yang sama tu jugak yang datang bila jari jemari aku ni mula gatal untuk menyentuh papan kekunci,bila mulut dah terasa nak mengomel itu dan ini.. hoho.. :D dan satu perkara lagi yang aku perasan bila menjengah blog ni tadi, terutamanya bila aku pandang bahagian kanan blog ni, "oh, followers aku dah bertambah !" kahkah, ada jugak yang sudi nak follow aku.. :') terima kasih ye kengkawan semua.. hehe

hari ni bulan Januari dah hampir meninggalkan kita.. pejam celik pejam celik dah nak masuk Februari.. ohhh.. sekejapnya waktu berlalu.. dah hampir sebulan aku memulakan sem baru.. memulakan langkah baru dalam tahun yang baru, dan dalam program yang baru.. Alhamdulillah, i passed my exam, i passed my foundation years. and now, i'm a degree student.. PISMP TESL G1.8. :) walaupun result hari tu tak lah sebagus mana.. tapi cukuplah, bila dapat tengok wajah mak yang tersenyum bangga, wajah kakak-kakak and abang yang tersenyum puas hati.. dan senyuman adik yang tumpang senang.. mungkin kalau abah ada, mungkin abah akan jadi orang yang tersenyum paling lebar.. ;) tapi walaupun semua orang tersenyum, tak bermakna result aku cemerlang, apa nak harap dapat anugerah pengarah?? JAAAAAAAAAUUUUUHHHHHH lagi!  kalau aku dapat anugerah pengarah, mau gempar IPGKIK ni.. huhu.. tapi mana tau, kan.. mungkin sem ni ada rezeki? kahkah.. agak tinggi angan-angan kau ye, su. :P 

tahun ni jugak, maka akan genap lah umur aku 20 tahun.. dalam usia yang masih hijau ni, sudah agak banyak yang aku lalui.. mungkin sejak dari umur aku 12 tahun lagi.. zaman kanak-kanak aku pun bukanlah seindah orang lain.. Allah telah memilih aku untuk menerima ujianNya sebagai persiapan diri untuk ujian yang lebih besar. Mungkin.. Tak siapa tahu takdirNya, bukan? Aku selalu tertanya-tanya apa akan jadi lepas ni? tu soalan yang aku tanya pada diri sendiri. belum lagi campur dengan soalan yang org lain ajukan. Memang, hidup ni ada banyak soalan, kan?


 

contohnya;
1. macam mana study? agak-agak bleh survive tak sampai sem 8 nanti?
2. macam mana dengan hidup lepas ni? family? kawan-kawan?
3. bila kau nak kurus? =.='
4. boleh ke capai azam tahun baru yang sejak dulu asyik hangat-hangat tahi ayam?
5. ada peluang tak nak jumpa dia lagi?
6. macam mana nak behave bila terpaksa berhadapan dengan dia?
7. Cukup ke tak duit elaun aku ni? >.<
tambah lagi dengan soalan yang paling melemaskan,
8. bila nak ada 'someone'?

OH GODD!!
 

antara sedar atau tidak, semakin kita dihambat usia, semakin banyak persoalan yang bermain di benak kita. semakin banyak juga soalan yang ditanya orang tentang kita. tapi satu yang aku belajar, seberapa banyak pun soalan yang datang, hanya ada satu jawapan. iaitu Allah. Hanya Allah yang tahu segalanya, semua suka dan sendu yang akan menanti, bahagia dan derita yang akan menjelma. hanya Allah yang tahu semuanya. dan sebab itu, jawapan itu adalah pada Allah. cuma satu yang perlu kita buat. REDHA. apa pun yang dah berlaku ataupun bakal terjadi, kita kena selalu belajar untuk redha. Terima semuanya dengan ikhlas. Pasrah, yakin pada Allah. Insya-Allah, seberat mana pun dugaan yang datang, kita akan merasa ringan untuk menerimanya. sebab kita tahu, Allah itu ada, dan Allah menguji kita kerana Dia sayangkan kita.

masuk tahun baru ni, aku percaya persoalan yang dah sedia ada pasti akan bertambah dari sehari ke sehari.. tapi Insya-Allah, as time goes by, aku akan jumpa jugak jawapan bagi setiap persoalan tu.. :)

Sem ni, kelas dirombak semula.. kebanyakan kawan-kawan sekelas waktu foundation dulu dah pun dicerakin dan dicerai beraikan ke dalam kelas yang baru. But still, aku masih bersama dengan beberapa orang kawan-kawan yang cool sebenarnya. antaranya, athirah, nisa, syifa, arif, fahmi, dan nana. aku jugak dapat ramai classmates baru. honestly, i'm looking forward to build new friendships here.. and at the same time, keeping up the old ones.. :) 

so, to my dearest G1.8:


 

Hi, my name is Syu. Nice to meet you all here. i'm a simple girl. be my friend, n insya-Allah, i'll be your true friend.. :)

untuk roommate tersayang: 
ehemm.. ehemmm.. uhukkk..uhukkk.. :) sem ni kita sebilik lagi.. let's create lots of sweet memories, ya! even though we have inconsiderate neighbours here, just bear with them. maybe sometimes we should be less  tolerate too.. hihi.. lepas ni kita pasang cite korea kuat-kuat k.. pastu kita rebut ampaian.. kalau dia bising time kita tengah solat, kita terjah bilik dorang dengan bertelekung! baru diorang tau! :P hahaha. luv you, dear.. :)


 


okay, rasanya sudah cukup cukup sudah.. sampai sini je update kali ni.. see you in the next  entries.. 
Assalamualaikum.. :)








1 comment:

  1. weyh rumet! hahaha
    ingat saya tak stalk awak ke??
    :p ekekeke
    touching la you ni..aww..haha

    haaaa, kita terjah dengan telekung.pakai bedak sejuk byk sket.terkujat diorang nanti.hihi :p

    me love you too bebeh ;)

    ReplyDelete