Tuesday 30 April 2013

kenangan.. :)


Assalamualaikum.. :)

Alhamdulillah, masih bernafas lagi hari ni.. Terlebih dahulu, al-Fatihah dibaca dan disedekahkan kepada roh arwah ayahku, Zulkifli bin Ahmad Shah. Semoga abah tenang di sana.. Al-Fatihah..

Amin amin ya Rabbal Alamin.. :) hari ni, rasa rindu begitu membuak-buak pada kenangan lama.. ya, kenangan dulu-dulu.. waktu zaman muda-muda.. zaman persekolahan.. melihatkan foto-foto junior-junior yang hari ni sibuk meng'upload' gambar di facebook, membuatkan aku betul-betul teringat kenangan empat tahun dulu.. sewaktu aku di tingkatan empat..

"Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 ", hari paling bermakna dalam hidup aku. Hari tu mak dan abah datang seperti ibu bapa yang lain, untuk melihat anak-anak mereka menerima hadiah.. Alhamdulillah, aku juga tersenarai dalam kalangan orang yang bertuah, kerana diberi peluang untuk naik ke pentas untuk menerima hadiah dan penghargaan. Keputusan PMR yang baik telah berjaya membuatkan mak dan abah tersenyum. Aku tahu, mak hampir-hampir menangis, tapi mak sorok-sorok.. memang, mak aku ni takkan mengaku kalau dia menangis.. hehe.. Arwah abah pulak, aku tengok tersenym senang.. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dapat membuat mak dan abah bangga waktu tu..

setahun kemudiannya, "Hari Anugerah Kecemerlangan 2010" sewaktu aku di tingkatan 5. sekali lagi, mak dan abah datang ke sekolah, dan duduk untuk melihat aku menerima hadiah.. kali ni hadiah yang aku terima agak berlainan.. sewaktu nama dan biodata aku dibaca untuk menerima anugerah tokoh pelajar, aku sempat mengerling mak. aku nampak, mak mengesat matanya dengan hujung lengan bajunya. Aku pandang pula muka abah. Abah nampak tenang dan bersahaja. tapi dari matanya yang tidak lekang memandang gambar-gambarku di skrin, aku tau, aku dapat rasakan abah juga berperasaan yang sama seperti mak. tapi sebagai lelaki, abah ternyata lebih pandai mengawal emosi.. Hanya Allah yang tahu, betapa terharunya aku bila abah mengelus-elus kepalaku dan menepuk-nepuk bahuku sewaktu aku bersalaman dengannya. Walaupun aku bersalam dengan abah tidak lama, tapi cukup untuk membuat aku sentiasa mengingati perasaan itu. Abah memang macam tu, sengaja tidak mahu berlama-lama bersalaman degan aku. namun, lepas bersalam, aku nampak, abah cepat-cepat keluar ke belakang dewan.. Aku tahu perasaan abah waktu itu, dan aku bersyukur aku diberikan peluang untuk membuat abah bangga. Mak pula, sekali lagi mengelak apabila dikatakan menangis. alasan yang diberikan, "mata mak masuk habuk". haha.. alasan yang cukup untuk membuat aku dan kakak-kakak ku menyakat mak.

Hari ni, bila ketua pengawas yang baru meng'upload' gambar-gambar hadiah yang diterimanya di sekolah, aku seperti dapat merasakan perasaan itu kembali. terbanyang semua peristiwa yang berlaku sewaktu aku masih di zaman itu. zaman persekolahan. sungguh, aku rindu! aku rindu nak tengok abah datang ke sekolah dan menandatangani buku rekod akademik aku, aku rindu nak tengok abah datang berbincang dengan pengetua, aku rindu semuanya.. Ya, tapi sekarang itu semua tinggal kenangan.. kenangan yang selamanya akan aku ingati..

Dalam masa empat tahun lagi, Insya-Allah, majlis yang lebih besar akan berlangsung.. Tapi kali ini, hanya emak yang akan datang bersama adik-beradikku yang lain.. Abah takkan lagi dapat ikut bersama.. Semoga aku masih diberi peluang untuk melihat mak menangis terharu.. walaupun aku takkan dapat lagi merasa elusan abah dikepalaku.. Semoga arwah abah tenang di sana, bersemadi bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. amin.. Al-Fatihah.. 

in memory,


No comments:

Post a Comment