Wednesday 25 December 2013

H.I.K.M.A.H


Assalamualaikum.. ^^


Teringat satu tajuk ketika usrah semester lepas. HIKMAH. Dalam hidup ni, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Macam omputeh cakap everything happens for a reason. Rasanya semua orang tau dah ayat ni, sedar dah yang Allah merencanakan sesuatu di sebalik setiap kejadian dalam hidup kita. 

Ada kalanya kita berusaha tapi tak berjaya, adakalanya kita bergembira tapi akhirnya berduka, adakalanya kita merancang, tapi tak berlaku. Dan adakalanya kita berdoa, tapi tak dimakbulkan. Eh, betul ke tak dimakbulkan? Sebenarnya, bukan Allah taknak makbulkan doa kita. Sebelum salahkan Allah, “aku penat dah berdoa tapi tak makbul jugak” cuba muhasabah dulu, sejauh mana kesungguhan kita dalam berdoa tu. Ikhlas ke? Betul-betul mengharap ke? Ataupun sekadar berdoa “Ya Allah, berikanlah kejayaan buatku” tapi usahanya tidak. Bro, doa saja tak cukup bro, usaha kena ada jugak. Haiyaaa..  Bukankah Allah telah memberitahu, bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu sendiri tidak mengubahnya, yakni berusaha. Dan kalau mereka yang berdoa dan dah pun berusaha, tapi masih belum termakbul apa yang diminta, bersabarlah.. Allah sedang merencanakan yang lebih baik untuk kita, dan Allah hold dulu sebab nak bagi waktu timing yang lebih sesuai. Apa pun yang kita doa, always have faith in Him, doa dengan ikhlas dan rendah diri. Insya-Allah, Allah akan makbulkan. Kerana Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim, begitu sayangkan kita. Insya-Allah DIa akan membantu kita jua.. 

Anyway, berbalik semula pada tajuk entry ni, HIKMAH. Hmm.. sekarang ni dah nak masuk tahun baru. Semua orang duk sibuk pasang, gantung azam untuk tahun depan. Entahlah, setakat ni aku belum ada azam apa-apa. Tengoklah nanti, tengah tahun ke, bulan 10 ke, kot kot baru ada azam.. sibuk nak azam tahun baru, tapi awal-awal tahun je berazam tak guna jugak kan. Tp sebelum nak pasang azam tu, apa kata kita usha balik apa yang jadi kat kita sepanjang tahun ni. Recap balik. Apa yang kita dah lalui. Kenangan manis, pahit, masam, kelat, tawar, pedas (haaaa.. apa yang pedas sangat tu? Haha)  yang kita lalui. Dan cuba cari, apakah hikmah yang Allah dah berikan kat kita. Mungkin ada sesuatu yang baik terjadi kat kita sebab kita buat sesuatu.miraculous things yang truly unexpected? Haaa, yang tu lah hikmah Allah.
Actually, the same thing happened to me last week. Waktu result exam keluar, seriously it was miraculous to me. Aku sendiri tak sangka aku dapat result tu. That number never crossed my mind before. Sungguh, tak tipu. Jujur, semester lepas aku tak berani berangan tinggi-tinggi nak result yang hebat-hebat macam org lain. Mana taknya, hidup aku agak pack dengan macam-macam kerja. Ada banyak factors kenapa aku expect result aku teruk: 

1.     As cohort leader, macam-macam benda aku kena uruskan. Sometimes, dah dekat due assignment pun tiba-tiba lecturer suruh arrange itu ini, handle itu ini. Tengah ada kelas pun lecturer panggil suruh jumpa. aku risau jugak study aku terjejas waktu tu.

2.    Aku punya assignments marks tak tinggi sangat pun. Even untuk phonetics and phonology, kuiz aku markah dia bapak rendah. Malu nak cakap. Malu lagi bila ingat balik.. huhu.. sem lepas semua assignments group works. Group mates aku siap dapat markah lagi tinggi daripada aku lagi. Haha

3.  Tidur dalam kelas. Yup! Tu memang aku. Ya Allah, aku dah cuba sengkang mata aku ni, nak buang sikap buruk tu, tapi still, tak boleh jugak.. teruknya kau, su.. huhu.. kalau nak tau, every new sem inilah antara azam aku. TAK NAK TIDUR DALAM KELAS. Nak improve grammar n language. Nak itu, nak ini. Yang lain tu Alhamdulillah lagi, tak improve banyak pun, sikit-sikit ada jugak. Tapi habit tidur ni.. perghhh makin menjadi-jadi.. T.T waktu MAB aku siap tidur depan lecturer lagi. Dahlah duduk depan sekali.. aduuuuhaaaaaiiiii.. Apa lagi yang nak diharapkan dengan perangai suka tidur ni? Harapkan markah tinggi? Mimpi lah..

4.   Study last minute! Haaa.. yang ni roommate aku boleh jadi saksi.. hahahaha.. dahlah study a week before exam. Lepas tu duk layan youtube memanjang. Belum campur lagi dengan runningman and other movies. Tsk tsk tsk. Serious, kalau orang masuk bilik aku time study week tu, memang tak rasa macam nak exam pun. Tak caya tanya Fatihah. Dia pun boleh jadi saksi apa aku buat dalam bilik. Haha.. Aku ngan roommate aku sama je. Duk merileks-rileks.. :D bila aku masuk bilik Fatihah dengan Syaheela. Ya Allah, bapak seteresss.. diorang duk menghadap buku dari pagi. Baca buku lepas tu tidur. Lepas tu bangun baca balik. Tu belum campur dengan stay up nye lagi.. diorang dah abis baca separuh baru aku datang dengan pen drive di tangan, mintak nota.. hahaha.. wahida lagi lah.. bila aku ketuk pintu bilik Fatihah, tp berkunci, aku pergilah bilik Wahida pulak. Ketuk punya ketuk tak menyahut. Tengok-tengok tak berkunci, perlahan-lahan aku pun bukak lah.. tengok-tengok dia tengah tidur, sambil menghadap laptop yang terang-terang bukak slide power point bertajuk “STRESS”. Arghh.. aku yang tengok pun bertambah stress jugak sebab waktu tu tajuk tu aku memang belum sentuh lagi. Last-last masuk bilik balik, konon nak study, tapi sebab gagal mengambil nota, aku layan youtube lagi. Dok menghadap Shinhwa.. haha.. menguji keimanan betul, time nak study tu lah line wifi laju menggila. Tak buffer langsung! Layan punya layan, pup! Malam dah.. baca buku sikit lepas tu tidur. Stay up? Hmmm haraaammmm.. :P

5.   Hari exam. Kebetulan sem lepas, exam aku banyak waktu petang. Tengah orang lain sibuk menghafal itu dan ini. Perut aku pulak sibuk berbunyi. Oh maaaiii.. apa lagi, pukul 10 je aku pun bersiap-siap pergi ke kafe. Kak Dayah jadi mangsa bila kena temankan aku.. haha.. ikut kata roommate aku, berkaitan jugak dengan teory Abraham Maslow kalau tak silap aku, nak belajar kena penuhi basic need dulu.. so ape lagi, pi makan lah dulu.. hahahaa.. beli bungkus lepastu balik bilik, time tu jam dah pukul 11 lebih.. dengan waktu yang dah suntuk tu lah baru buat study group nye dgn kawan-kawan yang seangkatan.. bayangkan, tiga kali exam petang, tiga-tiga hari tu jugaklah aku macam tu.. :D

Haaa.. dah tau kenapa aku rasa result aku bakal teruk? Sebab 5 faktor di atas lah. Hehe.. tapi Alhamdulillah, nak dijadikan cerita, aku betul-betul rasa apa yang jadi tu satu HIKMAH dari Allah, bila sangkaan aku memang meleset. Aku dapat result yang lebih baik dari apa yang aku doa dan sangkakan. Dan aku rasa nilah antara faktor-faktor kenapa aku boleh dapat result sebegitu rupa:

1.   Being a cohort leader is not as bad as what we think. Memanglah busy, kena buat itu dan ini. Even waktu orang semua balik waktu study week pun, aku masih ada benda yang nak kena handle. Mungkin sebab ke’busy’an itulah semua orang menolak untuk pegang jwatan ni. Well, actually aku pun kena paksa sebenrnya.. huhu.. kalau tak memang tak delah aku nak jadi cohort leader ni. Tapi in a way, it helps me, A LOT. Sejak jadi cohort leader, dua puluh empat jam aku duk bercakap English. Mana taknya, dah lepas pukul 12 malam pun, lecturer still contact aku jugak. Dah namanya pun ambik TESL, kat sini jangan haraplah nak bercakap BM dengan lecturer. Dah lepas office hour pun still cakap omputeh jugak. Tapi disebabkan tu lah aku rasa aku improve sikit. Kalau dulu aku susah nak communicate ngan lecturer, tapi disebabkan terpaksa aku gagahkan diri jugak. And resultnya? I’ve improved my self-esteem. Sekarang ni dah okey sikit. yela, asal pun dari kampung, non-supportive environment for English. Masuk sini hambik kau, berlambak native speakers. Walaupun dulu kat sekolah aku memang terkenal dengan tak tahu malunya when it comes to speaking in public, tapi kat sini aku sangat-sangat different. Tapi Alhamdulillah, after real-life training ngan lecturers ni, aku dah okey sikit.. hehe ^_^ so siapa nak try jadi cohort leader lepas ni? Silakan.. trust me. You’ll learn beyond what you have learnt.

2.   Lagi satu, pernah dengar tak, kalau kita tolong orang, Allah akan tolong kita balik. Yup. Aku rasa dah ramai jugak yang tahu benda ni. In fact, waktu usrah aku dulu, dah banyak cerita yang aku dengar,contohnya, kawan aku, Peah pergi buat event motivasi sehari sebelum hantar assignment. Dahlah balik lambat, tertidur pulak tu. Hantar assignment dengan keadaan yang sangat serabai tapi tup tup, dapat highest mark! WOW~ meremang bulu roma aku waktu dengar dia cerita. hebat kan kuasa Allah? And aku rasa the same thing happens here. To me. Mungkin kerana ikhlas buat semu kerja cohort leader tu, Allah tolong aku. Mana tau kan? 

3.     Last sem aku ada join volunteering kat umah anak yatim Tunku Budriah. Comel sangat budak-budak kat sana. Once a week aku dengan kak Bisqut a.k.a kak Nurul akan pergi sana. Seriously, seronok! Tapi tipulah kalau tak ada halangan kan. Even it’s just once a week, tapi bila tiba time assignment kadang-kadang tu teruji jugak. Sibuk, tak dapat pergi. Hmm tapi bila dapat pergi, pergi lah. Tak lama pun. Sejam setengah je. Dan bila fikir-fikir balik, mungkin Allah bantu aku kerana aku membantu anak yatim. Bukankah anak yatim itu sangat dikasihi Allah? In fact, besar pahalanya tolong diorang tau. Haaa… tertarik? Berminat? Sem ni pun ada lagi tau. Rumet aku jadi penyelarasnye. Kalau nak join bagitau lah.. jom jom jom.. :)


4. lastly, Youtube. Haha.. nak jugak pandang dari perspektif positif. Seriouslah, memang lah tak bagus sebenarnya. Tapi kan, kalau difikir-fikirkan balik bagus jugak study sambil tengok video ni. Otak jadi relaks. tuu diaaa.. positif sungguh! haha.. Tapi study yang dimaksudkan tu kalau time nak buat nota ringkas lah. Jangan pulak time nak menghafal korang pegi tengok youtube and runningman. Gelak punya gelak ape pun tak ingat nanti. Hehe.. roommate, nanti kita tengok Shinhwa lagi ye.. ohh dengan FT Island sekali.. :P
Tapi kan, ape pun, bagi aku nak berjaya bukan senang. Dari dulu aku selalu pegang frasa ni. “Kejayaan itu memerlukan D.U.I.T” sudah.. apa pulak ni? Nak bagi rasuah ke? Oh bro.. bukan rasuah bro.. tapi….

D = doa
Nampak tak kat situ, nombor satu adalah doa. Kalau usaha je pun tapi doa takada, tak guna jugak kan. Doa ni sebenarnya menunjukkan yang kita ni sedar diri, kita ni hanya hamba, yang powerless. So kena mintak tolong pada Allah, Tuhan kita yang tersangatlah POWERFUL. Sedar tak sedar, doa sebenarnya adalah lambang yang kita mengakui kekerdilan diri, megakui keerbatasan diri, dan tanda kehambaan kita kepada Allah. Bukankah doa itu senjata orang mukmin? Nak pergi exam pun kira nak pergi berperanglah, kena ada senjata jugak. Senjata yang nyata of course lah pen pensel, kertas, and so on. Tapi secret weapon kena ada jugak. Apa lagi secret weapon yang paling berkuasa kalau bukan doa? So berdoa lah.. insya-Allah, Allah bantu kita.


U= usaha
Usaha.. of course lah kena berusaha. Nama pun nak berjaya kan? Kalau nak berjaya dalam exam, kenalah study. Simple kan? tak gitu?

I = Iltizam
Nak berjaya kenelah ada iltizam. Apa tu? Senang je. Konsisten. Berusaha biar konsisten, jangan hangat-hangat tahi ayam. Lagi satu, semangat tu kena kuat. Berazam. Sentiasa ingat apa target kita, dan sematkannya dalam hati.

T = tawakkal
Lastly, of course.. bertawakallah kepada Allah. Setelah berusaha sehabis daya, serahkan semuanya pada Allah. Berdoa dan berdoalah. Pasrah, dan redha walau apa jua hasilnya nanti. Jangan jemu meminta, Insya-Allah, Allah akan kabulkan.. bukankah Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengasihani? 

Dan result aku yang sangat miraculous itu adalah ini:


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. 

Pointer? Oh.. biarlah rahsia.. tapi of courselah bukan empat rata seperti yang anda fikirkan.. haha.. tapi ape pun, bersyukur sangat sangat.. hanya pelajar TESL IPIK yang tahu betapa sukarnya untuk dapat result sebegini, dan paling Alhamdulillah, aku mendapatkannya dengan hasil bantuan serta HIKMAH dari Allah.. ^_^

Rasanya ni entry terpanjang aku sepanjang buat blog ni.. hahaha.. hambik kau, jarang-jarang update tapi sekali menulis juling mata nak baca. Hehe.. oklah cukup dulu sampai di sini. Take care sahabat. Assalamualaikum.. :)



2 comments:

  1. ohoi rumet. panjangnya post. hahaha. ok, baru bg salam. AsSalam. hehe

    alhamdulillah, tahniah rumet =) Mab A kot! bapak genius. tahniah genius. rahsia genius makan megi eh? hahahaha. rumet aku memang genius. yeah ^_^ paling best sbb study tp mengadap youtube. taknampak gaya study langsung. ahhaha.
    alhamdulillah. rezeki Allah kita xsangka kan =')
    love.live. laugh.pain.sad.sorrow. we share them all. we got thru all these. thanks HIM for the strength He gives us. =') be strong. we're gonna rock IPIk for three years more.

    p/s : and i love u rumet. ihik. and our aliens too. haha.

    ReplyDelete
  2. weyhhh korang pun layan shinhwa?!! OMOOOOO!!!! Aku ingat aq sorang je peminta shinhwa kat maktab tue.. =') terharu -Dijah-

    ReplyDelete