Tuesday 18 February 2014

kita


Sahabat,
andai kau tahu hatiku kala ini
Adakah kau akan sudi menemani?
jika kau sedari akan jerihku hari ini,
Masihkah kau sudi kembali?

Seakan terkesima aku tanpa kata
Melihat perjalananmu yang berkelana
Sudah semakin jauh meninggalkan aku dan kita
Sudah semakin lupa akan semua cerita.

Sahabat,
Masihkah terlekat dalam ingatan?
Masih sudikah menjengah mimbar kenangan?
Masih utuhkah janji yang dulu menjadi pegangan?
Masih bermaknakah sebuah persahabatan?

Maafkan aku andai diriku tak seperti dulu
Mungkin salahku terlalu mengharapkanmu
Mengharap agar kau masih sahabatku
Yang ku kenal di dalam suka dan sendu

Maafkan aku andai kau rasa aku bukan temanmu
Kerna ku kini tak lagi sehaluan denganmu
Kerna ku kini seakan menidakkan katamu
Kerna ku kini seperti diam membisu.

Tetapi sahabat,
Andai masih kau ingin tahu
Andai masih kau kenali aku
Dengarkan ini,

Sejauh mana pun kau pergi,
Setinggi mana pun kau mendaki,
Selama mana pun kau memencil diri,
Aku masih ada disini,
Menghitung setiap tawa dan airmata
Setiap perselisihan dan sefahaman,
Aku akan tetap disini,
Merenung warna pelangi,
Yang dulunya kau kagumi
Setiap kali aku di sisi.

Kerana kau sahabatku,
Temanku,
Saudaraku,
Keluargaku.




No comments:

Post a Comment