Tuesday 15 April 2014

Baru.


Makin hari, makin bertambah rasa dalam hati.
Makin sukar untuk dimengerti, apa lagi untuk dituruti.

Ada kalanya kalam dibibir berdusta,
Ada kalanya tingkah dipamer bersandiwara,
Kerana hatimu paradoks dunia.

Namun,
Saat kun fayakun Yang Esa
menunjukkan sakti maha hebatnya,
Hipokrasi, bukan lagi solusi.

Apa lagi yang dicari?
Apa lagi yang dinanti?

Benar,
Untuk apa mengenang semalam
Hibernasi dalam cahaya kelam
Jika hari ini terbuka lembaran
Untuk engkau warnakan
Menjadi lukisan. Baru.


No comments:

Post a Comment